Saturday 9 October 2021

PASAR NELAYAN KUALA BESAR

 
Program Pasar Nelayan (PPN) memberikan peluang kepada nelayan untuk memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pengguna.

Secara tidak langsung, Pasar Nelayan ini dapat memendekkan rantaian pemasaran dan nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan manakala pengguna pula mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan.

Antara PPN ialah di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besar, Kota Bharu.

Kompleks ini lokasinya di muara Sungai Kelantan.

Untuk sampai ke PPN Kuala Besar tidak sukar kerana ia berada di penghujung Jalan Kuala Besar.   

No comments:

Post a Comment