Thursday 1 April 2021

KELULUT DITERNAK BERHAMPIRAN HUTAN GELAM

 
Pokok gelam atau dikenali juga dengan nama pokok kayu putih atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi dari famili Myrtaceae merupakan pokok yang mengeluarkan sumber minyak perubatan dipanggil minyak cajuput atau minyak kayu putih.

Pokok gelam didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia. Pokok gelam juga tumbuh di hutan atau bukit berhampiran kawasan berpaya hasil penyebebaran biji benih.

Bagi penternak lebah madu dan kelulut, hutan gelam merupakan tumbuhan paling digemari pengusaha untuk memindahkan haif-haif lebah disebabkan tumbuhan ini berbunga sepanjang tahun dan boleh menghasilkan madu yang berkualiti.

Bunga pokok gelam sangat disukai oleh lebah kelulut atau lepas Apis seperti A. dorsata, A. cerana ataupun A. millifera. Bunganya yang tumbuh berjambak, berwarna putih krim mempunyai banyak nektar dan debunga. Sehubungan dengan itu, aktiviti penternakan lebah Apis banyak diusahakan di kawasan hutan gelam.

No comments:

Post a Comment