Kesempurnaan
rasa kopi berasal dari rasa pahitnya. Oleh kerana itu, kenangan pahit akan
membentuk kita menjadi lebih baik pada masa depan.
Beberapa
fakta mengenai kopi yang perlu anda tahu.
Sekumpulan
masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat
kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula
menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.
Anda
biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia
menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur.
Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa
mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.
Buah
kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji
kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk
buah itu yang menyerupai kacang.
Turki,
pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan
seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan
kopi yang mencukupi!
Kopi
berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas
air kosong (plain water).
Kesan
kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.
Antara
kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan
jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.
1
Oktober 2015 merupakan tarikh rasmi pertama yang telah dipersetujui oleh
International Coffee Organisation (ICO) yang dianggotai oleh 49 buah negara
sebagai tarikh sambutan Hari Kopi Antarabangsa atau International Coffee Day
yang disambut oleh banyak negara diseluruh dunia.
Ianya
merupakan satu acara bagi mempromosikan dan meraikan kopi sebagai satu minuman
harian disamping menghargai keringat dan jerit perih para petani kopi serta
seluruh rantaian nilai kopi yang terlibat termasuklah pemproses, pengilang
sehingga kepada peringkat pengguna.
No comments:
Post a Comment