Thursday 9 January 2020

IKAN SUSU SEAKAN TERUBUK

Ikan susu itulah namanya. Tidak pasti mengapa dinamakan ikan susu. Ia sebenarnya adalah terjemahan dari perkataan Inggeris milkfish.

Nama saintifik ikan susu ialah "chanos chanos" dari keluarga Chanidae. Nama lain ikan susu di Indonesia dikenali bandeng atau bolu. 

Manakala di Filipina ikan susu dikenali bangus yang dianggap sebagai ikan kebangsaan negara tersebut.

Ikan susu memang popular di Indonesia dan lebih-lebih lagi di Filipina. Ikan susu sedap digoreng begitu sahaja selain menu lain.

Ikan susu hidup di lautan, namun ada juga memasuki muara sungai yang berair payau. Sekarang penternakan ikan susu diusahakan di dalam kolam secara komersil di Sungai Petani, Kedah.

Selain di Sungai Petani, ikan susu juga ada diternak dalam sangkar di muara laut di perairan Tawau, Sabah dan dikenali sebagai ikan baulu. Di negeri Johor juga terdapat usaha penternakan ikan susu di dalam sangkar.

Ikan susu merupakan  sejenis ikan bertulang banyak. Ia seperti ikan terubuk, tetapi sisiknya lebih berkilat dan kecil. 

Bentuk badannya agak panjang berbanding terubuk. Ikan susu mempunyai rasa isi yang lemak dan lembut.

No comments:

Post a Comment