Thursday 30 January 2020

RESIPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

Menu ikan kering dibuat gulai memang sedap. Tidak perlu terburu-buru hendak membuatnya kerana ikan kering boleh disimpan lama. Apabila terlintas hendak makan, terus boleh dibuat.

Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar. Kemudian rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin. Cuci bersih dan toskan.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

- Masukkan minyak ke dalam kuali, lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama.
- Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis.
- Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi.
- Kacau-kacau sekejap dan setelah ikan hampir masak, masukkan air asam jawa yang diperah.
- Tambahkan air jika perlu kuah yang lebih.
- Msukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin, sedikit gula dan bahan perasa.
- Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit.
- Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong, cili padi dan cili besar.
- Kacau-kacau lagi sekejap.
- Setelah cukup rasa bolehlah tutup api. Siap!!

Selamat mencuba.

Kredit resipi: Mazitah Ahmad Nur Solehah

No comments:

Post a Comment