Sesungguhnya, Islam memperjuangakan
kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangan kepentingan kelompok. Islam
adalah universal dan hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat
diubah atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu sahaja. Seluruh
umat Islam menggunakan sumber hukum yang sama iaitu dari al-Quran, hadis dan
keputusan bersama para ulama.
Apa yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah pemerintahan dalam masyarakat dan negara. Banyak hal kenegaraan dijelaskan untuk membentuk keamanan, kemajuan dan keadilan dalam pemerintahan.
Sesiapa yang mengikuti kaedah pemerintahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sudah layak dipanggil pemerintah Islam biarpun parti atau negara yang dipimpin itu tidak menggunakan nama 'Islam'.
Tugas pemerintah lebih penting ialah mewujudkan persekitaran yang selamat, aman, kesejahteraan, harmoni, adil, peluang pekerjaan, kemudahan awan dan pendidikan. Pemerintah boleh melaksanakan dasar-dasar Islam tanpa pengiystiharan negara Islam.
Sempurnanya Islam bukan atas gelaran atau nama, tetapi berdasarkan apa yang dilakukan dengan niat mematuhi perintah agama dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.
Gelaran dan kuasa pemerintah tidak hanya apabila memerintah negara. Kumpulan atau individu memerintah negeri, daerah maupun kampung adalah pemerintah. Mereka mempunyai kuasa dan tanggungjawab berdasarkan kepada bidang tugas masing-masing. Sebab itu, laksanakan tugas mengikut kuasa dan tanggungjawab tersebut.
Sesiapa meminta ingin melakukan tugas lebih banyak, sedangkan apa yang diamanahkan belum lagi diselesaikan, samalah dia seperti diceritakan dalam Israk Mikraj yang mengutip lebih banyak kayu untuk dibawa, sedangkan kayu yang ada padanya sudah tidak mampu lagi ditanggung.
Untuk melakukan kebaikan tidak hanya apabila dikaitkan dengan parti politik Islam. Nama bukan penentu segala-galanya. Bahkan jika kita menggunakan perkataan Islam atas tujuan memperdayakan orang ramai, perbuatan itu amat ditegah. Perbuatan itu disamakan seperti menjual atau melacurkan agama.
No comments:
Post a Comment