Tuesday 17 March 2020

Urus jenazah secara tayamum


Kes kematian pertama melibatkan mangsa Covid-19 pertama telah disahkan berlaku di negara kita pada 17-03-2020. Satu persoalan timbul di minda masyarakat umum ialah bagaimana jenazah itu (untuk orang Islam) dimandikan sebelum kafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

Sebenarnya, persoalan bagaimana jenazah itu diuruskan telah ada dalam 'peraturan' yang disepakati. Contohnya Perak membenarkan urus jenazah yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 secara tayamum menggantikan memandikan menggunakan air. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, JFN Perak mengadakan mesyuarat khas mengenai isu Covid-19 pada Sabtu lalu dan memutuskan beberapa perkara penting.

Tayamum atau menyapu debu pada bahagian luar yang membaluti jenazah mangsa wabak Covid-19 diambil berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107, bertarikh 10 hingga 11 Februari 2015 mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Diseases: EVD) di Malaysia.

Tayamum adalah pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah terbabit.

Jenazah itu boleh diuruskan melalui prosedur tayamum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membaluti jenazah itu.

No comments:

Post a Comment