Thursday, 10 September 2026

MUMBANG KELAPA DICAMPUR GULAI

 
Mumbang kelapa dicampur gulai. Satu menu masakan terkenal di Kelantan, terutama untuk majlis kahwin.

Mumbang kelapa mengikut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat ialah puti kelapa yang masih kecil.

Di Kelantan, mumbang kelapa adalah buah kelapa yang telah besar, tetapi tempurungnya belum keras sepenuhnya. Jadi, buahnya mudah untuk dibelah atau dijurai.

Mumbang kelapa dimanfaatkan untuk dicampur di dalam gulai daging dan kambing. Buahnya dijurai seperti tembikai dan kemudian akan dipotong kecil bahagian yang masih lembut.

Selain dicampur di dalam gulai, ia juga boleh dimakan dengan dicicah cuka atau kicap sebagai colek.

Kredit pemilik gambar - Baba Din Limbat

Sunday, 23 August 2026

UBI KAYU NUKLEAR CEPAT MATANG

 
Ubi kayu nuklear cepet matang. Agensi Nuklear Malaysia berjaya menghasilkan beberapa potensi baka baharu ubi kayu menerusi aplikasi teknologi nuklear yang mampu dituai dalam tempoh enam bulan, hampir separuh daripada tempoh 11 hingga 12 bulan bagi varieti tempatan.

Baka baharu hasil penyelidikan sejak 2021 itu mencatatkan hasil yang tinggi berbanding bahan tanaman kawalan dan dijangka berpotensi dikomersialkan dalam tempoh sekurang kurangnya dua tahun akan datang.

Penyelidikan selama lima hingga enam tahun itu bermula dengan matlamat menghasilkan baka ubi kayu baharu yang mempunyai tempoh matang lebih singkat tanpa menjejaskan hasil.

Tempoh penuaian yang hampir separuh lebih singkat itu berpotensi membolehkan petani menanam ubi kayu dengan lebih kerap, sekali gus meningkatkan pulangan ekonomi daripada tanaman berkenaan.

Projek itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia dan mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), termasuk geran penyelidikan kira-kira RM100,000 bagi tempoh lima tahun.

Jabatan Pertanian turut menyediakan sokongan termasuk menyediakan kawasan penanaman bagi proses penyaringan bahan tanaman selepas melalui aplikasi teknologi nuklear.

Keratan batang ubi kayu terlebih dahulu didedahkan kepada sinaran gama sebelum ditanam dan disaring bagi mengenal pasti perubahan yang menghasilkan ciri dikehendaki.

Proses itu tidak menyebabkan bahan tanaman mempunyai sisa radioaktif kerana sinaran gamma hanya melalui bahan berkenaan, sama seperti konsep pendedahan ketika pemeriksaan sinar-X.

Aplikasi teknologi nuklear dalam pertanian bukan sekadar bertujuan meningkatkan produktiviti, malah mempunyai peranan dalam memperkukuh keterjaminan serta keselamatan makanan negara.

Saturday, 25 July 2026

SAMBUTAN HARI HARIMAU SEDUNIA

 
Hari Harimau Sedunia. Pada setiap 29 Julai setiap tahun, dipilih sebagai tarikh sambutan. Hari Harimau Sedunia yang disambut di seluruh dunia (negara ada harimau). Sambutan itu bertujuan memupuk kesedaran tentang pemuliharaan harimau di dunia.

Pengisytiharan itu merupakan inisiatif tahunan melalui 13 negara 'tiger range states' semasa St. Petersburg Declaration on Tiger Conversation sempena Global Tiger Summit 2010.

Di Malaysia terkenal dengan spesies Harimau Malaya yang menjadi lambang simbul keberanian dan identiti negara. Namun kini, kehebatan ini semakin terancam akibat kehilangan habitat, pemburuan haram dan konflik manusia-hidupan liar. Spesies ini tidak lagi hanya bertarung untuk memburu, tetapi untuk terus hidup.

Kajian terbaharu WWF, faktor kepupusan terbesar kepada Harimau Malaya ialah pemburu haram. Setakat ini, tidak sampai 200 ekor Harimau Malaya yang masih ada. Malaysia pernah memiliki 3,000 ekor harimau pada tahun 1950.

Kajian WWF pada tahun 2018, populasi harimau merudum 50 peratus hanya tempoh tujuh tahun.

Segala tindakan perlu dilakukan bagi mengelak kepupusan seperti yang berlaku pada spesis Harimau Bali dan Harimau Jawa di Indonesia, serta Harimau Kaspian di Turki, Iran dan Asia Tengah. Tiga spesis harimau berkenan sudah pun lenyap di muka bumi.

Ada pemburu haram datangnya dari luar negara, untuk membunuh dan merompak khazanah kita, akhirnya menjadi jutawan segera.

Hargai khazanah negara. Bantu pihak berkuasa banteras kegiatan pemburu haram.

Kredit pemilik gambar

Friday, 17 July 2026

BIODATA TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ

Datuk Tun Faisal Ismail bin Aziz. Dilahirkan pada 9 Oktober 1971, di Ipoh, Perak. Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Bapanya, Aziz Pandak, seorang guru berasal dari Lambor Kiri, Perak. Manakala ibunya, Puteri Faizah Megat Alias, seorang guru agama berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis.  

Beliau antara tokoh yang dikenali dalam landskap politik tanah air, khususnya dalam bidang komunikasi strategik, komunikasi politik dan pengurusan persepsi awam.

Dengan pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan serta kepimpinan politik, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berprinsip, berwawasan dan komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta negara.

Beliau adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Farmasi. Pernah menjadi Ketua Jabatan Farmasi di sebuah Pusat Perubatan swasta.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah menggalas pelbagai amanah penting dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, antaranya sebagai:
- Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran, (2004 - 2009))
- Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri  (2010 - 2013),
- Pengarah Komunikasi Strategik, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
- Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan
- Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2009 - 2013).

Pengalaman merentasi pelbagai kementerian dan agensi strategik ini telah membentuk keupayaan beliau dalam merangka dasar-dasar kerajaan. Pernah terlibat dalam merangka Blue Print Pelan Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010.

Berpengalaman luas dalam bidang komunikasi kerajaan, memperkukuh penyampaian maklumat kepada rakyat, serta memperkasa agenda pendidikan, komunikasi digital dan teknologi maklumat selaras dengan keperluan negara yang semakin dinamik.

Sunday, 28 June 2026

SEBAB BENDERA ARAB SAUDI DIMULIAKAN

 
Sebab bendera Arab Saudi dimuliakan. Salah satu moment menarik ketika Piala Dunia 2026 apabila bendera Arab Saudi diangkat tinggi sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan H berbanding bendera negara lain biasanya dihamparkan di atas padang.

Bendera Arab Saudi tidak boleh diletak di tanah dan sentiasa diangkat tinggi sepanjang masa bagi menghormati kalimah suci syahadah yang menjadi sebahagian lambang atau tulisan di bendera.  

Untuk mengelakkan kalimah tersebut daripada terpijak, jatuh, atau terkena kekotoran, pegawai perlawanan dan penganjur Piala Dunia diwajibkan memegang dan membentangkannya dengan penuh penghormatan.

Sebenarnya, dalam protokal menghormati bendera, tidak kiralah bendera negara mana sekalipun, ia tidak boleh sekali-kali diletakkan di atas tanah ketika maksud sebagai pengibaran dan penghormatan.

Bendera hanya boleh diletak di atas tanah atau di bahagian bawah atas maksud penyimpanan dan ia telah dilipat yang mana tidak menunjukkan sifatnya sebagai bendera.

Monday, 8 June 2026

MENU RINGKAS, BUKAN BERMAKNA MISKIN

 
Menu ringkas bukan bermakna miskin. Kalau tengok kepada menu yang ringkas, hanya nasi putih digaul dengan kicap dan dua biji bebola ikan, memang kasihan betul.

Diperhatikan pula yang duduk di atas lantai, juga nasi putih bersama kicap. Ada di atas pinggan lain potongan telur goreng dan bebola ikan. Itupun hanya sedikit sahaja.

Kesihan pula. Tidak ada lauk lain dan tidak ada sayur. Jauh sama sekali buah atau pencuci mulut.

Adakah ini menu orang miskin atau memang itulah kegemaran keluarga tersebut yang suka kepada menu ringkas asalkan menyelerakan.

Budak-budak memang tidak suka kepada sayur dan kuah yang macam-macam rasa.

Wednesday, 3 June 2026

PENGGUNAAN PENGHADANG JALAN BERGOLEK

 
Penghadang jalan bergolek. Satu inovasi penting dalam membina penghadang jalan ialah penghadang bergolek (roller barrier). Penghadang jenis ini menggunakan sistem penggelek berputar yang mampu mengurangkan hentakan dan membelokkan kenderaan dengan lebih selamat. Korea Selatan, Jepun dan China antara negara yang aktif menggunakan teknologi ini.
 
Penghadang penggelek menggunakan bahan ethyl vinyl acetate (EVA) yang tahan hentakan, tahan cuaca dan mampu memantulkan cahaya. Ciri-ciri ini menjadikannya sesuai untuk kawasan berisiko tinggi seperti selekoh tajam, terowong dan cerun curam.
 
Di Malaysia, penghadang bergolek pernah digunakan secara terhad di Lebuhraya Karak dan lokasi tertentu seperti FT15 Subang. Namun, penggunaannya belum menyeluruh, walaupun ia terbukti mampu mengurangkan impak kemalangan dengan lebih berkesan berbanding penghadang konvensional.
 
Pemilihan penghadang jalan tidak boleh dibuat secara sembarangan. Banyak faktor perlu diambil kira seperti jenis jalan, kadar lalu lintas, risiko kawasan, cuaca dan kos penyelenggaraan jangka panjang. 
 
Dalam kawasan bandar misalnya, keutamaan mungkin pada reka bentuk yang mesra pejalan kaki. Tetapi di lebuh raya, kekuatan dan keupayaan menyerap hentakan menjadi lebih utama.
 
Negara seperti Turki dan India juga telah mula menggunakan penghadang bergolek di kawasan berisiko. Teknologi ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, tetapi juga memberikan amaran visual kepada pemandu melalui warnanya yang terang.
 
Sebahagian besar negara yang berjaya mengurangkan kadar kemalangan ialah negara yang memahami pentingnya reka bentuk sistem keselamatan jalan yang berasaskan data, bukan sekadar ikut trend.
 
Jabatan Kerja Raya (JKR) di Malaysia telah menjalankan beberapa ujian rintis ke atas pelbagai jenis penghadang jalan. Namun, hasil ujian ini perlulah diterjemahkan kepada dasar tetap agar penggunaannya lebih meluas dan tidak terhad kepada projek percubaan semata-mata.
 
Pakar keselamatan antarabangsa menyatakan bahawa penghadang jalan bukan hanya pelengkap binaan jalan, tetapi satu pelaburan jangka panjang yang boleh menyelamatkan ribuan nyawa jika dilakukan dengan betul.
 
Perbandingan kos antara penghadang biasa dan penghadang bergolek mungkin besar pada awalnya. Namun apabila mengambil kira kos rawatan kemalangan, kehilangan nyawa dan beban sosial, pelaburan itu sangat berbaloi.
 
Dalam dunia yang semakin padat dengan kenderaan dan semakin kompleks dengan cuaca tidak menentu, langkah pencegahan jauh lebih murah berbanding menangani tragedi.
 
Malaysia harus mempertimbangkan penggunaan teknologi seperti penghadang bergolek dan penghadang fleksibel di lokasi berisiko tinggi dengan lebih agresif. Ini termasuk kawasan cerun, selekoh tajam dan simpang keluar lebuh raya.
 
Sistem keselamatan jalan raya moden bukan lagi tentang membina jalan lurus dan lebar sahaja. Ia tentang memastikan jika sesuatu berlaku, sistem tersebut mampu mengurangkan impak dengan minimumkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Thursday, 21 May 2026

PERJUANGAN PAHLAWAN SI GUNTING

 
Perjuangan pahlawan. Si Gunting. Individu yang terkenal dalam sejarah pejuangan menentang penjajah di Kampung Mumus (kini dikenali Kampung Seringsim, Kota Marudu, Sabah.

Pahlawan legenda dan pemimpin suku Dusun Liwan yang bangkit menentang penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di pedalaman Sabah (sekitar Kota Marudu, Kota Belud, dan Ranau).

Si Gunting dilahirkan pada 1857. Dia membesar dalam dunia adat, tanah warisan dan semangat persaudaraan suku Dusun yang kuat.

Ketika kuasa luar mula campur tangan dalam kehidupan masyarakat tempatan, adat istiadat yang diwarisi turun-temurun mula dipandang rendah. Cukai dikenakan, hak tanah dipersoalkan, dan kehidupan rakyat semakin tertekan. Dari situlah api kebangkitan mula menyala.

Sekitar tahun 1884, Si Gunting bangkit memimpin penentangan. Bukan kerana tamakkan kuasa, tetapi kerana dia enggan melihat bangsanya kehilangan maruah dan identiti. Selama bertahun-tahun, dia bersama pengikutnya mempertahankan tanah dan adat Dusun daripada dikuasai penjajah.

Nama Si Gunting tersebar ke seluruh Kota Marudu. Ada yang mengatakan dia kebal daripada peluru, mampu berjalan di atas air dan bergerak pantas seperti terbang ketika memanjat pokok.

Bagi masyarakat ketika itu, keberanian dan semangatnya dianggap luar biasa, seolah-olah dilindungi oleh kekuatan alam dan roh nenek moyang.

Perjuangan beliau berlarutan sehingga sekitar tahun 1905.

Hari ini, makamnya berdiri sunyi sebagai saksi perjuangan seorang pahlawan yang pernah menggegarkan bumi Kota Marudu. Walaupun zaman berubah, semangat Si Gunting tetap hidup dalam jiwa generasi yang masih menghargai asal-usul dan warisan nenek moyang.

Pahlawan boleh gugur, tetapi semangat perjuangannya tidak akan pernah dikuburkan.

Kredit pemilik gambar

Friday, 24 April 2026

TARIKH KEMERDEKAAN IKUT NASIHAT ULAMA

 
Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957, diputuskan oleh kepimpinan UMNO bersama pandangan tokoh agama.

Pandangan tokoh agama: Syeikh Abdullah Fahim, menasihatkan bahawa jika tidak dapat merdeka pada 31 Ogos 1957, tarikh terbaik seterusnya ialah lima tahun kemudian, iaitu 31 Ogos 1962.

Ia berdasarkan ilmu falak yang merujuk kepada tempoh "Am Khir Atana" (Tahun Baik Datang Kepada Kita). Tarikh ini dipersetujui British pada 20 Februari 1956.  

Anak kelahiran Makkah itu, mempunyai kemahiran dan penguasaan tinggi ilmu falak dengan gelaran Fahim berasal daripada kalimah Arab bermaksud seseorang berpengetahuan dan luas ilmunya.

Penguasaan ilmu falak sangat penting dalam Islam kerana ia menentukan arah kiblat, waktu solat dan keadaan anak bulan. Justeru, Sheikh Abdullah mengaplikasikan pengetahuan ilmu falak untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara.

Sheikh Abdullah turut menasihati Tunku supaya berangkat menaiki kapal laut agar mempunyai masa mencukupi untuk berbincang sesama mereka dan pulang dengan kapal terbang supaya tiada siapa sempat mengubah fikiran terhadap keputusan dipersetujui.

Peranan ulama dalam penentuan ini mencerminkan bahawa perjalanan menuju kemerdekaan bukan sekadar usaha politik, tetapi turut dipandu oleh hikmah, ilmu dan nilai keagamaan.

Ia menjadi lambang kedaulatan dalam menetapkan hari kelahiran negara, serta mencerminkan kesepaduan antara kepimpinan dan panduan agama dalam membentuk masa depan tanah air.

Friday, 3 April 2026

USIA AISYAH BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH

 
Usia Aisyah berkahwin dengan Rasulullah. Perdebatan usia Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW yang menyebut ketika usia 6 tahun menjadi polimik dan bahan digunakan oleh orentalis Barat untuk menuduh Rasulullah SAW sebagai gila seks dan seorang pedofilia.
 
Aisyah satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang dikahwini ketika masih anak dara, sedangkan yang lain sama ada berstatus balu mahupun janda.
 
Jika, Rasulullah SAW tergolong gila seks, sudah pasti isteri-isteri baginda dikahwini dari kalangan anak dara yang cantik dan golongan bangsawan.
 
Sesungguhnya perkahwinan Rasulullah bersandarkan kepada kepentingan agama dan umnah, bukan kerana nafsu seks.
 
Riwayat dari Hisham bin Urwah, daripada Aisyah, bahawa beliau berkata: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. (Riwayat Muslim, no. hadis 2547)
 
Namun begitu, ada perdebatan mengenai hadis yang sanadnya terdapat nama Hisham bin Urwah yang dikatakan menghadapi masalah ragu-ragu dalam hafalan ketika usia tua, terutama semasa tinggal di Iraq.
 
Pendebatan para ulama menemukan umur Aishah bukan 6 tahun ketika perkahwinan tetapi berumur dalam linkungan 14 - 16 tahun. Mereka bersandarkan kepada hadis atau peristiwa lain yang boleh disabit berkaitan usia.  
 
Ibn Umar tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperangan ialah 15 tahun.
 
Jadi sekiranya Rasulullah SAW hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?
 
Mengikut catatan sejarah, Aishah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud, bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas ketika itu.
 
Aisyah turut serta sewaktu Perang Uhud yang berlaku pada 15 Syawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. 
 
Berdasarkan riwayat jelas menunjukkan:
- Aishah mengikuti Perang Uhud dan umur beliau telah menjangkau 15 tahun ketika itu,
- Jika umur Aishah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15  tahun, maka Aishah dilahirkan pada 610 Masihi,
- Aishah berkahwin dengan Rasulullah pada 623 Masihi bersamaan 1 Hijrah bermakna pada ketika itu beliau berusia 14 tahun.

KAEDAH PERSEMPADANAN MALAYSIA-INDONESIA

 
Kaedah persempadanan Malaysia-Indonesia. Jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia dan Indonesia dianggarkan sepanjang 2,064 kilometer (km)dan dibahagikan kepada dua sektor. Sektor Sabah - Kalimantan Utara (KALTARA) dianggarkan sepanjang 419.4 km; dan Sektor Sarawak - Kalimantan Barat (KALBAR) dianggarkan sepanjang 1,644.6 km.

Sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian.

Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convensyen 1891. Untuk Sabah, Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda, Boundary Agreement 1915.

Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.

Buat masa ini hanya pengukuran sempadan Sektor KALTARA telah dimuktamadkan yang membabitkan 2 Outstanding Boundary Problem (OBP) iaitu:
- OBP Pulau Sebatik; dan
- OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam Kawasan OBP B2700 – B3100.

Bagi OBP Pulau Sebatik, kerja kerja siasatan, penandaan dan pengukuran semula oleh pasukan ukur bersama kedua-dua negara telah dijalankan dari bulan Februari hingga November 2019.

Hasil pengukuran yang diperoleh mendapati jarak muktamad dari East Pillar ke New West Pillar 23.842 km manakala bagi OPB, Sungai Sinapat dan Sungai Sesai, kerja siasatan, penandaan, pengukuran yang dibuat sekali di antara pegawai pegawai pemetaan Indonesia dan Malaysia dilakukan hingga Ogos 2022 dan Oktober 2023. Itu jarak muktamad 11,545 kilometer.

Jadi proses pengukuran rundingan itu berjalan selama 47 tahun sejak 1977, diselesaikan secara berperingkat, tetapi pada hemat kita harus disegerakan untuk menjaga hubungan baik antara dua negara berdasarkan perjanjian dan konvensyen antarabangsa sepertimana disebut tadi.

Dalam semua perundingan ini, kalau terkait dengan Sabah, seperti juga Sarawak, Wakil Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri Sabah, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur Sabah, semua dilibatkan sepenuhnya.

Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan baru dirujuk ke Mesyuarat Ke-45 Jawatankuasa Sempena Bersama Indonesia Malaysia (JIM-45) pada 18 Februari 2025.

Melalui MoU tersebut, OBP Pulau Sebatik, keluasan Baharu yang diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05km persegi bersamaan 5 hektar (12 ekar); dan OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai, Malaysia memperoleh Kawasan tambahan seluas 7.8km persegi bersama 780 hektar (1,927 ekar).

OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai memang dalam kawasan Indonesia.

Keseluruhan kawasan pertikaian di OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam kawasan OBP B2,700 dan B3,100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan ini sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia.

Sempadan di kawasan OPB berdasarkan prinsip yang terkandung, pada perjanjian 1915 iaitu 780 hektar jadi milik Malaysia. Tetapi 780 hektar, itu keluasan tambahan bagi Malaysia. 5,987 itu kekal di bawah milik Indonesia yang dimiliki oleh Indonesia sejak 1915.

Jadi sebahagian kecil dari tiga-tiga kampung yang dikenali sebagai Kampung Kabulanggalo, Kampung Lepaga, Kampung Tetagas, dengan sendirinya termasuk ke kawasan Malaysia.

Masih ada kawasan sempadan belum dimuktamadkan dan masa dalam proses perundingan dengan Indonesia. Umpamanya, isu 5 kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah Kalimantan Utara dan 4 kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak, Kalimantan Barat.

Jadi sebab itu kita harus terikat dengan perjanjian dan yang dapat dipertikai saya lihat itu di peta di belah bawah itu adalah kawasan dari awal sejak 1919 ditekankan dalam semua rekod kita menjelaskan ia tidak kita sahkan tapi tidak pernah kita tuntut sebagai milik Malaysia.

JAJARAN PERSEMPADANAN MALAYSIA-INDONESIA

 
Sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian.

Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convensyen 1891. Untuk Sabah, Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda, Boundary Agreement 1915.

Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.

Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan Outstanding Boundary Problem (OPB) Sungai Sinapat, Sungai Sesai yang menjadi isu ketika ini adalah berdasarkan kepada Boundary Convention 1891 dan Boundary Agreement 1915.

Prinsip yang terkandung dalam perjanjian ini adalah penentuan kawasan berdasarkan kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai di garis latitude 4 darjah 20 minit utara (4⁰ 20'U) iaitu di utara garis latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 20'U), kawasan itu adalah di bawah British Sabah manakala di selatan garis latitude 4 minit 20, (4⁰ 20'U) utara, kawasan itu adalah di bawah Belanda yang kini dimiliki Indonesia.

Kerja-kerja persempadanan dimulakan pada tahun 1977 bersama Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan peta di dalam perjanjian tahun 1915, kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai berada di selatan garis latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 3 20'U).

Namun demikian hasil daripada pengukuran bersama yang didapati Sungai Sinapat sebenarnya bermuara di utara garis latitude 4 minit 20 (4⁰ 20'U), bukannya di selatan. Maka, pada pandangan Malaysia, semua lembangan sungai yang bermuara di utara garis latitude (4⁰ 20'U) tadi, adalah kepunyaan Malaysia.

Kawasan OBP sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana negara kerana ia belum diputuskan oleh kedua-dua negara. Kerana kawasan itu adalah kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dahulu lagi.

Penentuan sempadan ini tidak bersandarkan kepada prinsip pampasan, timbal-balik atau untung-rugi seperti yang didakwa. Sebaliknya, penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian seperti dinyatakan di atas.

Tuesday, 10 March 2026

KEBAIKAN TAYAR KERETA TANPA TIUB

 
Kebaikan tayar kereta tanpa tiub. Tayar kereta kini banyak jenis tanpa tiub (tubeless) Tayar tanpa tiub ialah tayar pneumatik (berisi udara) yang tidak bergantung pada tiub dalaman untuk kedap udara.
 
Tayar tanpa tiub kekal lebih sejuk berbanding tayar dengan tiub kerana udara di dalamnya bersentuhan secara langsung dengan rim dan dapat mengeluarkan haba dengan lebih mudah.

Tayar tanpa tiub digemari kerana ketahanna. Ia tidak mudah kehilangan udara secara tiba-tiba apabila berlaku tusukan, pemasangannya lebih selamat, pelupusan habanya lebih baik dan kos penyelenggaraannya lebih rendah berbanding tayar lain. 
 
Tayar tanpa tiub (vakum) biasanya tahan tusukan dan mempunyai getah berkualiti tinggi di permukaan. Selepas melambung, ketegangan meningkat dan tekanan terbentuk pada permukaan dalaman, yang meningkatkan keupayaan pengedap diri tusukan.
 
Oleh itu, ia tidak akan cepat bocor selepas tercucuk dan boleh terus namampung angin untuk satu tempoh masa.
 
Tayar vakum mempunyai penyerapan hentakan dan cengkaman jalan yang lebih kuat berbanding tayar biasa. Selain itu, tayar vakum mempunyai kestabilan yang lebih kukuh apabila memandu kenderaan elektrik dan mempunyai kurang geseran dengan tanah, yang membantu kenderaan memecut dan menjimatkan kuasa.
 
Sedangkan, tayar biasa mempunyai kestabilan yang lemah dan rintangan haus, dan lebih mudah ditusuk.
 
Tayar tanpa tiub tidak mempunyai tiub dalam dan pelapik. Tayar biasa terdiri daripada tiub dalam, tayar luar dan roda. Tayar biasa jenis ini juga dipanggil "tayar tebal".
 
Berdasarkan kepada fakta di atas, tayar tanpa tiub lebih menjadi pilihan pengguna biarpun harganya lebih mahal. Bak kata pepatah, kelah membeli menang memakai.
 

Saturday, 31 January 2026

TANAH JERLUS 4 KM DI ITALI

 
Pada hari Ahad, 25 Januari 2026, dunia dikejutkan dengan satu visual bencana alam yang cukup mendebarkan. Bumi terbelah sepanjang 4 Kilometer. Kejadian jerlus berlaku di bandar Niscemi, Sicily, Itali. 

Tanah jerlus bukan kecil. Bukan tanah jerlus biasa. Kedalamnnya menyamai ketinggian bangunan 10 tingkat.
 
Pinggir kawasan perumahan terbenam ke bawah membentuk satu jurang sepanjang 4 kilomter.
 
Punca segala kemusnahan ini bermula apabila Badai Mediterranean Harry atau Cyclone Harry, telah membadai kawasan tersebut dengan hujan lebat yang luar biasa bermula pertengahan Januari.
 
Hujan yang turun tanpa henti selama berhari-hari itu telah memberi kesan kepada struktur tanah di Niscemi.
 
Air meresap masuk ke dalam tanah lalu menjadikan ia berat, tepu dan licin. Keadaan itu mula dikesan 16 Januari 2026 lagi.
 
Beberapa penduduk mula perasan ada retakan halus pada jalan raya. Ada yang perasan pintu rumah susah nak ditutup sebab bingkai pintu dah lari alignment.
 
Pihak berkuasa tempatan yang peka dengan perubahan geologi ini tidak menunggu lama.
Mereka tahu, retakan kecil di atas jalan adalah petanda pergerakan besar di bawah perut bumi.
 
Amaran demi amaran dikeluarkan pihak berkuasa.
 
Kemuncaknya berlaku selepas hujan lebat berterusan, tanah yang sudah tidak mampu menampung beban itu akhirnya jerlus. Secara perlahan-lahan, tebing bukit itu mula meluncur turun ke bawah.
 
Dalam masa yang singkat, landskap bandar itu berubah wajah sepenuhnya. Kawasan yang dulunya tanah rata, telah bertukar menjadi tebing curam.
 
Barisan rumah-rumah batu yang kukuh, kini berada betul-betul di hujung tebing. Ada rumah yang separuh daripada asas tapaknya sudah terkeluar dan tergantung di udara.
 
Jalan raya terputus dua. Tiang lampu senget. Paip air bawah tanah pecah, memuntahkan air yang memburukkan lagi keadaan runtuhan.
 
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa runtuhan ini melibatkan perimeter sepanjang 4 kilometer.
 
Ini adalah skala bencana yang sangat besar untuk sebuah kawasan berpenduduk. Kesan daripada kejadian ini, Niscemi bertukar menjadi "Bandar Hantu" di zon terjejas. Dianggarkan antara 1,000 hingga 1,500 penduduk terpaksa dipindahkan serta-merta.
 
Di sebalik kemusnahan harta benda ini, tiada korban nyawa. a adalah hasil daripada tindakan pantas pihak berkuasa dan kepatuhan penduduk terhadap arahan berpindah. gan.
 
Apabila retakan dikesan pada 16 Januari, mereka tidak tunggu kejadian tanah runtuh baru hendak berpindah. Mereka bertindak proaktif terus memindahkan penduduk.
 
Ini adalah satu pengajaran tentang pengurusan bencana. Jangan tunggu keadaan teruk baharu hendak bertindak.

Saturday, 15 November 2025

PRN Sabah disertai 596 calon

 
Sebanyak 596 calon mewakili individu atau parti disahkan bertanding bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, selepas proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi 15 Nov 2025.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),menunjukkan calon Bebas merekodkan jumlah penyertaan tertinggi dengan 74 calon, diikuti Parti Warisan (WARISAN) dengan 73 calon, mewakili setiap DUN dipertandingkan.

Parti Impian Sabah (PIS) pula menampilkan 72 calonnya, sementara Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) (55); Parti Soladariti Tanah Airku (STAR) (46); Barisan Nasional (45); Perikatan Nasional (42) dan 40 calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Manakala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pula meletakkan 25 calonnya, sementara Pakatan Harapan (22); Parti Kebangsaan Sabah (20); Parti Kerjasama Anak Negeri (17); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (16) serta 14 calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Turut menyertai PRN kali ini ialah tujuh calon dari Parti Rumpun Sabah (RUMPUN); Parti Maju Sabah (SAPP) (enam calon); masing-masing lima dari Parti Damai Sabah (SPP) dan Perjuangan Rakyat (PR) serta tiga calon, masing-masing dari Pertubuhan Gemilang Anak Sabah (GAS), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).

Secara keseluruhan sebanyak 24 parti meletakkan calon untuk bertanding PRN kali ini.

Turut meletakkan calon, masing-masing satu calon diwakili oleh Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).

Bagi saingan mengikut penjuru pula, satu DUN menyaksikan saingan 14 penjuru, diikuti empat DUN dengan 13 penjuru; masing-masing dua DUN (12 penjuru dan empat penjuru) serta enam DUN, menyaksikan saingan 11 penjuru.

Lapan DUN pula menyaksikan saingan lapan penjuru dan lima penjuru; sementara sembilan DUN (10 penjuru); masing-masing 10 DUN (sembilan) dan tujuh penjuru serta 13 DUN menyaksikan saingan enam penjuru.

Sementara itu, tiada pencalonan oleh calon yang ditolak oleh SPR.

Proses penamaan calon berlangsung pagi tadi di 25 pusat penamaan calon yang dibuka SPR di seluruh negeri.

Calon termuda berusia 24 tahun manakala paling tua, 86 tahun.

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus hingga jam 11.59 malam, 28 November 2025 ini.

SPR telah menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

Thursday, 31 July 2025

PATUHI CARA KIBAR JALUR GEMILANG

 
Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah sebuah negara berdaulat. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, Jalur Gemilang perlulah dikibarkan secara tertib, beretika dan penuh rasa hormat , sama ada di kediaman, pejabat, kenderaan, premis perniagaan serta bangunan kerajaan.

Ayuh jayakan inisiatif ini sebagai tanda sokongan kepada semangat kebangsaan dan identiti negara yang merdeka.

Pastikan Jalur Gemilang dalam keadaan baik, tidak lusuh dan tidak koyak. Kibarkan di tempat yang mudah dipandang dan diberi penghormatan yang sewajarnya. 

Thursday, 3 July 2025

CIRI IKAN KEPAR, PATUNG, TEMAKANG, PUYU

 
Ikan kepar dan patung adalah spesies berbeza. Begitu juga antara ikan patung dan temakang, masing-masing adalah spesies berbeza dan masing-masing memiliki identiti yang tersendiri.

Belontia hasselti, yang dikenali sebagai ikan kepar berada di dalam keluarga ikan sepat dan kaloi iaitu keluarga Osphronemidae. Antara identiti utama keluarga ini ialah semua spesies memiliki sirip pelvik (sirip di perut) yang kecil dan panjang.
 
Nama 'kepar' itu diambil bersempena nama kain kepar, sejenis kain lama yang ada corak halus seperti bentuk dalam sarang lebah,di mana ikan kepar memiliki corak tersebut di badan, sirip dan ekornya.

Pristolepis sp. secara umumnya dikenali sebagai ikan patung, ada dua spesies Pristolepis di Malaysia, iaitu Pristolepis grootii dan Pristolepis fasciata.  Ikan patung boleh dibezakan dengan ikan kepar melalui bentuk kepala, corak di insang dan bentuk sirip.
 
Pangkal sirip dubur ikan patung adalah lebih kecil tidak seperti mana sirip dubur ikan kepar yang lebih lebar dari bahagian perut ke pangkal ekor. Nama 'patung' diberikan bersempena tingkah lakunya yang seakan patung apabila berdiam diri seolah-olah mati sama ada ketika rasa terancam, sedang berehat atau stres.

Helostoma temminckii yang dikenali sebagai ikan temakang atau kissing Gourami kerana tabiatnya yang gemar "mencium" ikan temakang yang lain untuk menjaga wilayahnya. Ikan temakang mudah dikenali melalui bentuk fizikalnya yang kelihatan seakan lebih bersegi dan ada banyak jalur hitam halus yang melintang di badannya.
 
Walaupun ikan temakang dianggap sebagai ikan gourami (sepat), tapi sebenarnya ikan ini berada di dalam keluarga yang berbeza iaitu Helostomatidae, dan ikan temakang adalah spesies tunggal di dalam keluarga ini.

Anabas testudineus, yang dikenali sebagai ikan puyu atau climbing perch kerana kemampuannya menaiki ke darat dan bergerak di darat dalam tempoh yang agak lama (24 - 48 jam, bergantung kepada tempoh kelembapan di insang).
 
Ikan puyu amat mudah dikenali melalui bentuk kepalanya yang besar dan membulat, mulutnya juga lebih lebar.

Oreochromis sp.,secara umumnya dikenali sebagai ikan tilapia (perkataan ini berasal dari Afrika), adalah spesies ikan pendatang dan invasif dari Afrika. Setakat ini ada 3 spesies yang diketahui ada dikomersialkan di Malaysia, iaitu Oreochromis niloticus (Nile tilapia), Oreochromis mossambicus (Mozambique tilapia), Oreochromis aureus (blue tilapia) dan ada satu spesies hybrid iaitu red tilapia.
 
Kadangkala ada yang sangkakan ikan patung adalah sejenis tilapia. Perbezaan boleh dilihat melalui ciri-ciri insang, bentuk sirip dubur dan juga bentuk badan.

Etroplus suratensis, yang dikenali sebagai ikan green chromide, salah satu spesies ikan pendatang dan invasif dari India. Ikan green chromide selalu disalah sangkakan sebagai ikan patung. Ikan ini amat mudah dikenali melalui bintik-bintik putih yang banyak di badannya, bentuk kepalanya juga lebih pendek berbanding ikan patung, dan sirip duburnya juga berbeza.

Kredit - Jejak Air Tawar (FB)

Thursday, 19 June 2025

LOJI JANA KUASA HIDRO MINI KEMUBU

 
Loji Jana Kuasa Hidro Mini Kemubu. RP Hydro (Kelantan) Sdn. Bhd terlibat membina projek jana kuasa hidroelektrik mini di Kemubu, Dabong. Loji jana kuasa ini merupakan salah satu daripada tiga tapak hidro kecil di sepanjang Sungai Galas, selain di Kuala Gris dan Serasa.
 
Inisiatif ini menggunakan teknologi turbin jenis 'bulb' aliran rendah yang mesra alam dan mampu menjana tenaga sehingga 84 megawatt (MW), satu jumlah yang sangat besar bagi loji berskala kecil.
 
Projek ini bukan sahaja membekalkan tenaga hijau di Kelantan, malah menyumbang secara langsung kepada sasaran Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) negara iaitu 31 peratus menjelang tahun 2027.
 
Tanpa memerlukan empangan besar, loji ini menghasilkan tenaga bersih yang disalurkan terus ke grid nasional, sekaligus membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan menyokong kelestarian alam sekitar.
 
Melalui projek yang dijalankan ini dengan pelbagai rantaian sokongan, ia mampu menggerakkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.
 
Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk meneroka potensi tenaga hijau sebagai salah satu sumber strategik ke arah masa depan yang lebih lestari. Ia selaras dengan pendekatan yang inklusif, berpaksikan kepentingan rakyat dan kelestarian alam, 

Kelantan mampu muncul sebagai peneraju negeri hijau di Malaysia.
 

Thursday, 12 June 2025

JETSTAR ASIA TAMATKAN OPERASI

 
Jetstar Asia, syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di Singapura dan telah beroperasi sejak 2004, secara rasmi akan menghentikan semua operasinya pada 31 Julai 2025.
 
Kumpulan Qantas Australia sebagai syarikat induk mengumumkan bahawa keputusan itu dibuat elepas bergelut dengan peningkatan kos pembekal, yuran lapangan terbang yang tinggi dan persaingan sengit di rantau Asia.
 
Meskipun pelbagai usaha telah dibuat, kumpulan itu menyaksikan beberapa kos pembekal Jetstar Asia meningkat sehingga 200 peratus, sekali gus mengubah struktur kos syarikat secara drastik.
 
Penutupan Jetstar Asia hanya melibatkan laluan intra-Asia yang dikendalikan dari pangkalannya di Singapura. Ia tidak menjejaskan operasi domestik dan antarabangsa Jetstar Airways di Australia dan New Zealand, mahupun Jetstar Japan.
 
Qantas memaklumkan bahawa Jetstar Airways akan terus beroperasi dari Australia ke destinasi di Asia, termasuk ke destinasi popular di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Korea Selatan.
 
Penutupan operasi tersebut menjejaskan kira-kira 500 orang pekerja. Begitu pun, Qantas sedang giat bekerjasama mencari peluang pekerjaan dalam kumpulannya dan bersama syarikat penerbangan lain di rantau ini.
 
Biarpun telah beroperasi 21 tahun dan dianggap syarikat yang teguh serta berpengalaman, cabaran tidak diduga sukar diramal. Pekerja yang terlibat tentu seperti tidak percaya nasib yang bakal mereka lalui.
 
Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku, Bertabahlah. 

Friday, 30 May 2025

SEJARAH IPG KAMPUS GAYA

 
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Sejarah IPG Kampus Gaya bermula dengan nama Maktab Perguruan Gaya atau Gaya Teachers’ Trainning College yang telah ditubuhkan pada 4 April 1963 dan diterajui oleh J.E. Todd sebagai pengetua pertama.
 
Pada 22 Julai 1963, Maktab Perguruan Gaya dibuka secara rasmiya oleh Sir William Goode iaitu Gabenor North Borneo Colony yang terakhir.
 
Terletak di atas sebidang tanah berbukit seluas 19.4 hektar, kawasannya amat tenang dan selesa sebagai sebuah institusi pendidikan biarpun dikira terletak di kawasan bandar. Kedudukan yang dekat dengan bandar memberi kebaikan kerana terdapat banyak kemudahan sedia ada seperti pusat membeli belah dan Hospital Queen Elizabeth..
 
Di antara tahun 1963-1981, Maktab Perguruan Gaya di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada tahun 1981, sesuai dengan usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua maktab perguruan di seluruh negara, tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan Institut Perguruan Gaya telah dipindahkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementeriaan Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
 
Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan Gaya telah dinaik taraf selaras dengan penjenamaan semula maktab perguruan di seluruh Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
 
Kurikulum dan sistem latihan yang dilaksanakan di IPG Kampus Gaya adalah sama seperti di institut-institut lain di Malaysia. Kurikulum perguruan ini meliputi bidang akademik, pengkaedahan, kokurikulum dan praktikum yang wajib diikuti oleh semua pelajar.