Monday, 8 June 2026

MENU RINGKAS, BUKAN BERMAKNA MISKIN

 
Kalau tengok kepada menu yang ringkas, hanya nasi putih digaul dengan kicap dan dua biji bebola ikan, memang kasihan betul.

Diperhatikan pula yang duduk di atas lantai, juga nasi putih bersama kicap. Ada di atas pinggan lain potongan telur goreng dan bebola ikan. Itupun hanya sedikit sahaja.

Kesihan pula. Tidak ada lauk lain dan tidak ada sayur. Jauh sama sekali buah atau pencuci mulut.

Adakah ini menu orang miskin atau memang itulah kegemaran keluarga tersebut yang suka kepada menu ringkas asalkan menyelerakan.

Budak-budak memang tidak suka kepada sayur dan kuah yang macam-macam rasa.

No comments:

Post a Comment