Thursday, 21 May 2026

PERJUANGAN PAHLAWAN SI GUNTING

 
Nama Si Gunting terkenal dalam sejarah pejuangan menentang penjajah di Kampung Mumus (kini dikenali Kampung Seringsim, Kota Marudu, Sabah.

Pahlawan legenda dan pemimpin suku Dusun Liwan yang bangkit menentang penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di pedalaman Sabah (sekitar Kota Marudu, Kota Belud, dan Ranau).

Si Gunting dilahirkan pada 1857. Dia membesar dalam dunia adat, tanah warisan dan semangat persaudaraan suku Dusun yang kuat.

Ketika kuasa luar mula campur tangan dalam kehidupan masyarakat tempatan, adat istiadat yang diwarisi turun-temurun mula dipandang rendah. Cukai dikenakan, hak tanah dipersoalkan, dan kehidupan rakyat semakin tertekan. Dari situlah api kebangkitan mula menyala.

Sekitar tahun 1884, Si Gunting bangkit memimpin penentangan. Bukan kerana tamakkan kuasa, tetapi kerana dia enggan melihat bangsanya kehilangan maruah dan identiti. Selama bertahun-tahun, dia bersama pengikutnya mempertahankan tanah dan adat Dusun daripada dikuasai penjajah.

Nama Si Gunting tersebar ke seluruh Kota Marudu. Ada yang mengatakan dia kebal daripada peluru, mampu berjalan di atas air dan bergerak pantas seperti terbang ketika memanjat pokok.

Bagi masyarakat ketika itu, keberanian dan semangatnya dianggap luar biasa, seolah-olah dilindungi oleh kekuatan alam dan roh nenek moyang.

Perjuangan beliau berlarutan sehingga sekitar tahun 1905.

Hari ini, makamnya berdiri sunyi sebagai saksi perjuangan seorang pahlawan yang pernah menggegarkan bumi Kota Marudu. Walaupun zaman berubah, semangat Si Gunting tetap hidup dalam jiwa generasi yang masih menghargai asal-usul dan warisan nenek moyang.

Pahlawan boleh gugur, tetapi semangat perjuangannya tidak akan pernah dikuburkan.

Kredit pemilik gambar

No comments:

Post a Comment