Hari Harimau Sedunia. Pada setiap 29 Julai
setiap tahun, dipilih sebagai tarikh sambutan. Hari Harimau Sedunia yang disambut di seluruh dunia (negara
ada harimau). Sambutan itu bertujuan memupuk kesedaran tentang pemuliharaan
harimau di dunia.
Pengisytiharan itu merupakan inisiatif tahunan melalui 13
negara 'tiger range states' semasa St. Petersburg Declaration on Tiger
Conversation sempena Global Tiger Summit 2010.
Di Malaysia terkenal dengan spesies Harimau Malaya yang
menjadi lambang simbul keberanian dan identiti negara. Namun kini, kehebatan
ini semakin terancam akibat kehilangan habitat, pemburuan haram dan konflik
manusia-hidupan liar. Spesies ini tidak lagi hanya bertarung untuk memburu, tetapi
untuk terus hidup.
Kajian terbaharu WWF, faktor kepupusan terbesar kepada
Harimau Malaya ialah pemburu haram. Setakat ini, tidak sampai 200 ekor Harimau
Malaya yang masih ada. Malaysia pernah memiliki 3,000 ekor harimau pada tahun
1950.
Kajian WWF pada tahun 2018, populasi harimau merudum 50 peratus hanya tempoh
tujuh tahun.
Segala tindakan perlu dilakukan bagi mengelak kepupusan seperti yang berlaku
pada spesis Harimau Bali dan Harimau Jawa di Indonesia, serta Harimau Kaspian
di Turki, Iran dan Asia Tengah. Tiga spesis harimau berkenan sudah pun lenyap
di muka bumi.
Ada pemburu haram datangnya dari luar negara, untuk membunuh dan merompak
khazanah kita, akhirnya menjadi jutawan segera.
Hargai khazanah negara. Bantu pihak berkuasa banteras kegiatan pemburu haram.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment