Sebab bendera Arab Saudi dimuliakan. Salah satu moment
menarik ketika Piala Dunia 2026 apabila bendera Arab Saudi diangkat tinggi
sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan H berbanding bendera negara lain biasanya
dihamparkan di atas padang.
Bendera Arab Saudi tidak boleh diletak di tanah dan sentiasa
diangkat tinggi sepanjang masa bagi menghormati kalimah suci syahadah yang
menjadi sebahagian lambang atau tulisan di bendera.
Untuk mengelakkan kalimah tersebut daripada terpijak, jatuh,
atau terkena kekotoran, pegawai perlawanan dan penganjur Piala Dunia diwajibkan
memegang dan membentangkannya dengan penuh penghormatan.
Sebenarnya, dalam protokal menghormati bendera, tidak
kiralah bendera negara mana sekalipun, ia tidak boleh sekali-kali diletakkan di
atas tanah ketika maksud sebagai pengibaran dan penghormatan.
Bendera hanya boleh diletak di atas tanah atau di bahagian
bawah atas maksud penyimpanan dan ia telah dilipat yang mana tidak menunjukkan
sifatnya sebagai bendera.

No comments:
Post a Comment