Sunday, 23 August 2026

UBI KAYU NUKLEAR CEPAT MATANG

 
Ubi kayu nuklear cepet matang. Agensi Nuklear Malaysia berjaya menghasilkan beberapa potensi baka baharu ubi kayu menerusi aplikasi teknologi nuklear yang mampu dituai dalam tempoh enam bulan, hampir separuh daripada tempoh 11 hingga 12 bulan bagi varieti tempatan.

Baka baharu hasil penyelidikan sejak 2021 itu mencatatkan hasil yang tinggi berbanding bahan tanaman kawalan dan dijangka berpotensi dikomersialkan dalam tempoh sekurang kurangnya dua tahun akan datang.

Penyelidikan selama lima hingga enam tahun itu bermula dengan matlamat menghasilkan baka ubi kayu baharu yang mempunyai tempoh matang lebih singkat tanpa menjejaskan hasil.

Tempoh penuaian yang hampir separuh lebih singkat itu berpotensi membolehkan petani menanam ubi kayu dengan lebih kerap, sekali gus meningkatkan pulangan ekonomi daripada tanaman berkenaan.

Projek itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia dan mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), termasuk geran penyelidikan kira-kira RM100,000 bagi tempoh lima tahun.

Jabatan Pertanian turut menyediakan sokongan termasuk menyediakan kawasan penanaman bagi proses penyaringan bahan tanaman selepas melalui aplikasi teknologi nuklear.

Keratan batang ubi kayu terlebih dahulu didedahkan kepada sinaran gama sebelum ditanam dan disaring bagi mengenal pasti perubahan yang menghasilkan ciri dikehendaki.

Proses itu tidak menyebabkan bahan tanaman mempunyai sisa radioaktif kerana sinaran gamma hanya melalui bahan berkenaan, sama seperti konsep pendedahan ketika pemeriksaan sinar-X.

Aplikasi teknologi nuklear dalam pertanian bukan sekadar bertujuan meningkatkan produktiviti, malah mempunyai peranan dalam memperkukuh keterjaminan serta keselamatan makanan negara.

No comments:

Post a Comment