Friday, 17 July 2026

BIODATA TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ

Datuk Tun Faisal Ismail bin Aziz. Dilahirkan pada 9 Oktober 1971, di Ipoh, Perak. Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Bapanya, Aziz Pandak, seorang guru berasal dari Lambor Kiri, Perak. Manakala ibunya, Puteri Faizah Megat Alias, seorang guru agama berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis.  

Beliau antara tokoh yang dikenali dalam landskap politik tanah air, khususnya dalam bidang komunikasi strategik, komunikasi politik dan pengurusan persepsi awam.

Dengan pengalaman yang luas dalam pentadbiran kerajaan serta kepimpinan politik, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang berprinsip, berwawasan dan komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta negara.

Beliau adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Farmasi. Pernah menjadi Ketua Jabatan Farmasi di sebuah Pusat Perubatan swasta.

Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau telah menggalas pelbagai amanah penting dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, antaranya sebagai:
- Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran, (2004 - 2009))
- Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri  (2010 - 2013),
- Pengarah Komunikasi Strategik, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
- Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan
- Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2009 - 2013).

Pengalaman merentasi pelbagai kementerian dan agensi strategik ini telah membentuk keupayaan beliau dalam merangka dasar-dasar kerajaan. Pernah terlibat dalam merangka Blue Print Pelan Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010.

Berpengalaman luas dalam bidang komunikasi kerajaan, memperkukuh penyampaian maklumat kepada rakyat, serta memperkasa agenda pendidikan, komunikasi digital dan teknologi maklumat selaras dengan keperluan negara yang semakin dinamik.

No comments:

Post a Comment