Wednesday, 6 July 2022

KOMUNITI PULAU KUNDOR AKTIF SANTUNI AHLI

 
Komuniti Pulau Kundor. Hubungan kejiranan yang akrab dan saling cakna di kalangan ahli komuniti merupakan resipi hidup harmoni di kalangan penduduk Pulau Kundor, mukim Badang.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Itulah gambaran akrab dan teguhnya hubungan sesama ahli Komuniti Pulau Kundor.

Jika ada ahli ditimpa musibah, pastinya ia turut dirasai yang lain. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakit.

Baru-baru ini, wakil Komuniti Pulau Kundor menyantuni waris keluarga kehilangan ahli keluarga. Serahan sumbangan sebagai tanda simpati dan cakna turut disampaikan.

No comments:

Post a Comment