Thursday, 8 May 2025

BN DAN PH SEPAKAT KERJASAMA HADAPI PRN SABAH

 
1. Mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei 2025 telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

2. Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri Sabah.

3. Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat kebangsaan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha Agung Pakatan Harapan

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan

9 Mei 2025

No comments:

Post a Comment