Hal ini bermakna dari
segi pembentukan hubungan, kedua-dua pihak saling memerlukan. Tiada peniaga
tanpa pembeli dan tiada pembeli tanpa peniaga.
Dalam hubungan ini wujud satu ikatan menjaga kepentingan pihak yang satu
lagi, selain untuk kepentingan sendiri.
Ikatan ini penting
bagi menjamin hubungan yang saling memberi keuntungan itu berterusan dalam
suasana harmoni. Ikatan ini disebut juga kontrak sosial atau satu perjanjian
tidak bertulis yang wujud di antara kedua-dua pihak. Setiap pihak yang mengikat
‘perjanjian’ ini mesti mematuhinya.
Sekiranya mana-mana
pihak tidak mematuhinya, bermakna wujud kepincangan masyarakat dan wujudlah
perasaan dendam, marah dan irihati. Hal ini jika berleluasa memberi kesan buruk
kepada masyarakat keseluruhannya.
Kerajaan terpaksa
mengadakan kempen dan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan pembeli dan
pengguna mendapat hak, perlindungan dan layanan sepatutnya. Namun, banyak
peniaga masih ingkar dan sungguh berdepan dengan hukuman melanggar peraturan. Hakikatnya,
banyak peniaga tidak pernah lekang mencari muslihat untuk mendapat keuntungan
lebih.
Dalam urusan
perniagaan, Islam mementingkan sikap jujur dan ikhlas. Peniaga dijanjikan
keuntungan yang halal melalui urusan perniagaan sebagai menggantikan riba yang
semata-mata bersifat penindasan dan kemusnahan. Islam amat mementingkan kesejahteraan dan
usaha memakmurkan hidup di dunia ini. Sesungguhnya manusia dicipta oleh Allah
untuk menjadi khalifah di muka bumi dan menjalankan kehidupan mengikut
ketetapan syariat, termasuklah dalam soal perniagaan.
Perniagaan adalah
cara halal membolehkan manusia menikmati kebaikan, memenuhi keperluan hidup dan
saling membantu. Allah memerintahkan manusia saling membantu dalam soal
kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Hasil keuntungan perniagaan tidak
sama dengan keuntungan daripada perbuatan berbentuk riba.
Firman Allah
bermaksud: “Mereka yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan. Keadaan demikian berlaku kerana mereka
mengatakan berniaga itu sama dengan riba, sedangkan Allah menghalalkan jualbeli
dan mengharamkan riba.” - (Surah al-Baqarah, ayat 275).
Pun begitu,
perniagaan yang dijalankan tanpa mengikut syariat juga termasuk dalam perbuatan
haram. Riba wujud dalam perniagaan yang berlaku penindasan dan penipuan. Keuntungan
yang bukan hak peniaga (diperoleh secara penindasan, penipuan dan tidak jujur)
dianggap sebagai riba, biarpun ia dijalankan seperti perniagaan.
No comments:
Post a Comment