Sabda Rasulullah
bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar menawar, jika kedua-duanya jujur
dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi jika kedua-duanya dusta dan
merahsiakan, maka keberkatannya akan terhapus.”
(Hadis riwayat Abu Daud).
Penindasan harga dan
penipuan berkaitan barang merupakan jenayah dalam perniagaan dan termasuk dalam
kategori riba. Peniaga sedemikian mungkin terlepas tindakan undang-undang
kerajaan, tetapi tidak akan terlepas pembalasan Allah.
Sesiapa mengamalkan
riba meletakkan diri dalam kutukan Allah. Allah meletakkan orang memakan riba
sebagai golongan mendapat kerugian dunia dan akhirat. Mereka merasakan mendapat
keuntungan, sedangkan keuntungan daripada hasil riba itu telah ditarik oleh
Allah tanpa mereka sedari.
Firman Allah dalam
ayat ke 276 surah al-Baqarah bermaksud: “Allah akan menghapuskan keberkatan
riba dan Allah akan menambahkan keberkatan sedekah. Allah tidak suka kepada orang yang tetap
dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.”
Peniaga yang
mengambil kesempatan menaikkan harga pada musim perayaan telah mengkhianati
kontrak sosial dan hukum Allah. Untuk mengelak berlaku penindasan, Islam
menetapkan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peniaga dan pembeli. Syarat
paling penting dalam urusniaga ialah suka sama suka atas tujuan saling mendapat
kebaikannya.
Firman Allah
bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan sama suka di antara kamu.” - (Surah an-Nisa, ayat 29).
Tuntutan berlaku adil
dalam perniagaan amat penting ditunaikan. Justeru, sebagai balasan bagi peniaga
melakukan perniagaan seperti dituntut syariat Islam, maka diberi keuntungan
dalam usahanya dan dibalas syurga bersama-sama golongan terpilih.
Sabda Rasulullah
bermaksud: “Peniaga yang jujur akan bersama-sama para nabi, siddiqin dan golongan
mati syahid.” - (Hadis riwayat Tarmizi dan Hakim).
Balasan istimewa itu
membuktikan soal jujur dalam menjalankan perniagaan bukan perkara kecil. Islam
amat mementingkan adab dalam perniagaan kerana ia merupakan antara muamalat
terpenting. Perniagaan adalah nadi kehidupan manusia.
Ketika Rasulullah
mula berhijrah di Madinah, dua tempat mula-mula dibina ialah masjid dan pasar. Masjid
sebagai tempat ibadat dan pentadbiran, sedangkan pasar tempat menemukan peniaga
dan pembeli untuk memenuhi keperluan masing-masing.
No comments:
Post a Comment