Bangsa
Melayu kaya dengan cerita penglipurlara seperti Mat Jenin, Pak Kadok, Lebai
Malang, Pak Andih, Luncai dengan labu-labunya dan banyak lagi. Cerita
berkenaan mengandungi unsur kelucuan, tetapi terselit pengajaran yang berguna.
Kisah
Si Luncai dengan labu-labunya berkisar kepada nasib Si Luncai seorang miskin
yang dihukum oleh raja supaya dibuang ke tengah laut akibat tersilap cakap
mengatakan wajah sultan sama seperti arwah bapanya.
Sepertimana
juga cerita penglipurlara lain, banyak versi penceritaan yang ada. Pelbagai
versi ini tidak menjadi kesalahan kerana kisahnya berkisar kepada cerita rekaan
dan tidak ada pengarang asal.
Tambahan
pula, pada masa lalu ia disampaikan dari satu generasi kepada satu generasi
secara lisan. Jadi, tentu sekali penyampaian cerita berbeza-beza.
Di
sini diceritakan kisah Si Luncai secara yang ringkas. Akisahnya, Si Luncai
seorang miskin dari hujung kampung begitu ingin menatap sendiri wajah rajanya.
Biarpun
telah beberapa kali mencuba, hasratnya gagal disebabkan wajahnya yang buruk
serta tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk mengadap raja.
Namun,
pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke istana dan mengadap raja. Malangnya,
dia ditimpa malang. Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur kata dari
mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.
Raja
yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh
disamakan dengan rakyat biasa … apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai
yang miskin dan dipandang hina itu.
Tanpa
mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan
hukuman. Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si
Luncai dihukum bunuh secara dicampakkan ke tengah laut.
Pesuruh
raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah
laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah
dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
Apabila
sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari
dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam
perahu.
Setelah
lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu
semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk
menghilangkan penat kamu semua itu?”
Salah
seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan
dicampakkan ke dalam laut ini”.
Mendengar
kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai
terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”
Mendengar
Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang
pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
Maka
beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka
menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
“Si
Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan!
Biarkan!”
Demikian
lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.
Melihatkan
keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa
biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain
lalu terjun dari perahu itu.
Perbuatan
Si Luncai terjun dengan labu-labunya dilihat oleh sekumpulan pendayung di
bahagian belakang dan berteriak ‘Si Luncai terjun dengan labu-labunya” untuk
memberitahu bahawa Si Luncai telah berjaya melepaskan diri.
Namun,
teriakan itu pula disambut dengan ‘biarkan biarkan’ oleh pendayung di hadapan
kerana menyangka bahawa itu adalah sebahagian lirik lagu yang mereka nyanyian.
Si
Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.
Apabila
sampai ke tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan baru menyedari bahawa Si
Luncai telah berjaya melepaskan diri. Maka kembali ke darat dan mencari Si
Luncai.
Mesej
yangg mendalam tersirat di sebalik hikayat ini itulah yang terjadi pada Si
Luncai mengenai nasib keceluparan yang membawa bencana. Tetapi Si Luncai bukan
orang sembarangan, yang miskin cuma harta, bukan minda dan ketangkasan
fikirannya.
Otaknya
bergeliga dengan pelbagai taktik licik untuk menyelesaikan masalah. Walaupun
telah dihukum mati, Si Luncai tak panik dan masih mampu berfikir untuk
melepaskan diri.
Kita
jangan mudah menyerah kalah apabila berdepan situasi genting atau mencabar.
Cubalah cari jalan untuk menghadapi masalah itu dengan baik. Akal yang bijak
dan hati yang tenang akan membantu kita mencapai kejayaan.
Satu
lagi mesej yang boleh dikaitkan dengan cerita Si Lucai ialah jangan mudah
percaya kepada helah seseorang.
Masyarakat
hari ini lebih mudah percaya kepada seseorang dan membiarkan orang berkenaan
melakukan perbuatan salah dan mengkhianati amanah.
Banyak
situasi atau perlakuan yang dilakukan oleh sesetengah individu atau kumpulan
yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.
Namun,
perbuatan itu dibiarkan saja atas alasan itu hak mereka. Sesungguhnya, perkara
yang turut melibatkan kepentingan orang ramai tidak boleh dianggap sebagai hak
seseorang. Yang buruk perlu dihalang.
No comments:
Post a Comment