Thursday 16 September 2021

MAKSUD HIKING, KEMBARA BERJALAN KAKI

 
Perkataan ‘hiking’ sering digunakan untuk merujuk kepada aktiviti luar seperti berjalan kaki melalui denai, mendaki dan menuruni luruh, mendaki dan menuruni bukit dan penerokaan alam sekitar yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe.

Sebenarnya tidak ada terjemahan tepat untuk menjelaskan maksud hiking dalam bahasa Melayu. Kalau mengikut terjemahan dalam talian, hiking bermaksud mengembara.

Definisi kembara adalah mengembara pergi kemana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang dituju (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Kembara boleh dilakukan secara berjalan kaki ataupun menaiki apa-apa jenis kenderaan.

Sedangkan hiking dilakukan sekarang ini memang sudah pasti tempat hendak dituju. Ada lajur atau trek yang akan dilalui sepanjang hiking itu. Ia dilakukan dengan berjalan kaki.

Sebab itu, banyak orang menterjemah hiking sebagai kembara berjalan kaki, yang difahami sebagai satu aktiviti yang dilakukan dalam tempoh masa tertentu.

Untuk pergi ke tempat permulaan hiking, mereka biasanya menggunakan kenderaan.

Jadi, hiking adalah merujuk kepada aktiviti ketika kembara berjalan kaki.

No comments:

Post a Comment