Tuesday 8 October 2024

WAYANG KULIT PEMETASAN BAYANG PATUNG

 
Wayang kulit ialah teater tradisional atau sejenis hiburan pementasan bayang daripada patung. Masyarakat zaman dahulu menggelarnya sebagai 'televisyen zaman silam'.
 
Wayang kulit Kelantan adalah persembahan wayang kulit yang disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.
 
Ia adalah satu persembahan menggunakan konsep cahaya dan bayang. Cahaya akan dipancarkan di belakang kelir (tirai kain berwarna putih) dan patung-patung wayang akan digerak-gerakkan di antara kelir dan cahaya.
 
Patung yang digunakan dalam persembahan wayang kulit pada mulanya diperbuat menggunakan daun macang (dicantumkan membentuk patung), tapi kemudian beralih kepada kulit lembu, kerbau dan kambing yang lebih besar dan tahan lama..
 
Wayang kulit dipercayai berasal dari Selatan Thailand (Pattani). Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan wayang kulit berasal dari Kelantan kerana sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani, Pattani masih berada dalam negeri itu. Selepas perjanjian itu ditandatangani barulah Pattani keluar dari Kelantan.
 
Persembahan wayang kulit menarik hasil gabungan ketangkasan tok dalang memainkan atau menggerakkan patung-patung sehingga membentuk bayang yang sesuai dengan watak dan pergerakkan yang dimainkan, selain suara tok dalang berlainan mengikut watak-watak patung yang digerakkan.
.
Persembahan tok dalang akan dibantu kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh pemain alat muzik seperti geduk, gendang, gedombak, canang, kesi, gong dan serunai.
 
Persembahan wayang kulit semakin kurang disebabkan kurang diminati apabila ada sumber hiburan lain seperti televisyen, radio dan media sosial.
 
Oleh itu, seni tradisional wayang kulit ini perlu terus dipopularkan dalam industri hiburan tempatan kerana ia membawa entiti budaya bangsa dalam konteks yang luas.
 
Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan Wayang Kulit Kelantan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment