Friday, 20 September 2024

CINA TIDAK SELESA DENGAN UMNO

 
UMNO dan DAP telah berseteru sejak puluhan tahun lalu. Kedua-dua parti itu hanya mesra setelah bergabung dalam pembentukan kerajaan Perpaduan selepas PRU15.
 
Biarpun telah bergabung dalam kerajaan Perpaduan, hakikatnya ia tidak mudah untuk mengubah pandangan dan penseterusan yang telah menjadi darah daging perjuangan.
 
Di pihak ahli UMNO kekal dingin dengan DAP, manakala ahli DAP pula kurang selesa dengan UMNO. Satu situasi yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.  
 
Hakikat ini diakui pemimpin DAP yang secara jujur mengakui berdepan kesukaran membawa keluar pengundi Cina untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September 2024.

Ini kerana pengundi kaum Cina kurang selesa dengan UMNO. Justeru, pemimpin DAP mengakui perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Cina agar keluar mengundi dan memilih calon Barisan Nasional (BN).

Kemenangan BN pada PRK DUN Mahkota penting bagi mengukuhkan hubungan serta membawa manfaat besar kepada negara. Kemenangan Syed Hussien Syed Abdullah akan membawa mesej jelas kepada pelabur luar yang menunjukkan politik negara stabil.

Ketika ini, ekonomi negara berada di landasan tepat dan semakin kukuh dengan pelabur mempunyai keyakinan untuk melabur di negara ini.

Kalau BN kalah, ia dibimbangi akan lahir anggapan lain kepada pelabur mengenai kedudukan politik dan ekonomi negara. Perkara seumpama ini perlu dielakkan dan berharap pengundi dapat memenangkan calon BN kerana apa yang berlaku di sini sentiasa mendapat perhatian luar.

No comments:

Post a Comment