Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tentang agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Perkara 11 pula menetapkan setiap rakyat Malaysia berhak memilih untuk mengamalkan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing. mana-mana negara lain.
Namun kebebasan beragama di Malaysia
mempunyai erti yang berbeza berbanding fahaman kebanyakan orang.
Antara yang jelas wujud batasan kebebasan ialah Fasal 4 Perkara 11 yang
menjelaskan "undang-undang negeri dan mengenai Wilayah Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang
yang menganuti agama Islam.
Fasal 4 Perkara 11 memang satu perkara yang
khusus diamalkan di Malaysia. Ia satu perlindungan ekslusif terhadap agama
Islam. Keadan ini sering diperdebatkan oleh golongan bukan Islam dan pihak
luar. Mereka melihat satu tidak keadilan terhadap agama lain.
Namun, dalam apa juga yang dipertikaikan, termasuk oleh pihak dari luar negara
yang dianggap lebih berpengaruh dan berkuasa secara global, kedudukan
Perlembagaan Persekutuan berkaitan setiap Perkara tidak dapat dicabar oleh
mana-mana pihak.
Biarpun ada pihak cuba melobi di peringkat
antarabangsa untuk 'mencabar' kedudukan atau undang-undang yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, ia tidak dapat mengubah apa yang telah ditetapkan.
Lihat saja contoh dalam kes berkaitan LGBT yang dituntut oleh COMANGO, tidak
berjaya mengubah apa yang termaktub oleh Perlembagaan Persekutuan yang melarang
amalan itu.
Biarpun ditekan di peringkat antarabangsa, Malaysia kekal menolak amalan LGBT
kerana bertentangan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bertentangan
dengan nilai moral yang diamalkan rakyat Malaysia.
Justeru tidak ada pihak boleh
memepertikaikan kedudukan Perlembgaan Persekutuan sebagai yang tertinggi,
biarpun ada pihak yang mencabar perkara itu di mahkamah.
Keputusan mahkamah yang melihat dalam pelbagai sudut perundangan berdasarkan
kepada Perkara yang bekaitan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memihak kepada
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Rujukan berkaitan kedudukan Islam di Malaysia
turut ditinjau kepada sejarah Melayu dan takrif Melayu seperti dijelaskan dalam
perlembagaan.
Perkara 160: Tafsiran:-
“Orang Melayu" ertinya seseorang
yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu
dan:-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di
Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari
Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang
sedemikian;”
Maka itu, hal berkaitan dengan kedudukan
keistimewaan Islam tidak hanya dilihat pada Perkara 3 sahaja.
Dengan kata lain, mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam seperti termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan bukan saja berkaitan Perkara 3, tetapi
merangkumi Perkara dan terma rujukan lain yang berkaitan dengannya.
No comments:
Post a Comment