Menderma darah disepakati ulama hukumnya harus, yakni boleh
dilakukan. Ia berdasarkan kepentingan pemindahan darah yang tanpanya
menyebabkan mangsa menghadapi maut atau penyakit tidak sembuh.
Pemindahan darah dari orang sihat kepada individu memerlukan darah
disebabkan kehilangan banyak darah adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan
nyawa atau mengatasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan darah.
Islam menggalakkan amalan tolong menolong, terutama dalam soal yang penting
ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah
kamu di atas kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan di atas
dosa dan penindasan.
Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya diharamkan ke atas kamu bangkai,
darah, daging babi dan apa-apa (binatang) yang disembelih untuk selain daripada
Allah. Maka barang siapa yang terpaksa sedang dia tidak durhaka dan tidak
melampau, maka tidaklah (kena) apa-apa dosa ke atasnya.” - (Surah al-Baqarah,
ayat 173).
Allah SWT juga menjelaskan perkara ‘terpaksa’ ini dalam surah al-Anaam ayat 119
bermaksud: “Sedang Dia (Allah) telah jelaskan kepada kamu apa-apa yang
diharamkan-Nya ke atas kamu, kecuali apa yang terpaksa….”
Wajar membantu sesama manusia. Darah yang didermakan akan diganti secara
automatik oleh badan. Kita tidak rugi, bahkan beruntungkan kerana menderma
darah dapat membantu banyak perkara untuk kebaikan diri sendiri.
Kebaikan menderma darah
No comments:
Post a Comment