Saling berkongsi rezeki. Ada individu yang dilebihkan rezeki oleh Allah SWT, diangkat menjadi pemimpin, hartawan,
pengurus, peniaga besar dan sebagainya. Di bawahnya ada pengikut atau pekerja
yang memberi kedudukan atau keuntungan melalui aktiviti yang dilakukan.
Lalu, banyak individu berasa hebat dan bertuah dilebihkan rezeki dan menganggap dialah yang membantu
orang di bawah. Memberi rezeki kepada mereka dengan membayar gaji atau upah di
atas kerja yang dilakukan.
Sedarkah
kita bahawa rezeki kita dapat itu sebenarnya milik orang lain yang dberikan
oleh melalui kita? Biasa kita dengan ungkapan dalam rezeki kita ada rezeki
orang lain.
Ada
kategori harta yang kita kongsikan dengan orang lain. Pertamanya, harta yang
kita wajib kongsikan dengan orang lain. Dengan kata lain, ia sebenarnya milik
orang lain, tetapi berada di dalam milikan kita. Harta yang dimaksudkan ialah
harta zakat.
Harta
yang cukup syarat dikeluarkan zakat wajib diserahkan kepada mereka yang layak
menerimanya iaitu golongan asnaf. Jumlah harta yang wajib dikeluarkan zakat itu
secara hukumnya tidak lagi menjadi milik kita. Ia mesti diserahkan kepada
mereka yang sepatut menerimanya.
Kategori
kedua harta milik kita yang ianggap dikongsi dengan orang lain ialah harta yang
sepatutnya diserahkan kepada golongan yang selayaknya menerima harta itu
sebagai sedekah.
Sedekah
ialah pemberian kepada golongan fakir miskin atau mereka yang memerlukan
bantuan. Jumlah yang diberikan kepada mereka ini tidak ditentukan jumlahnya
asalkan dengan ikhlas diberikan.
Sedekah
adalah sunat dan tidak menjadi sesuatu kesalahan jika tidak bersedekah. Melainkan
dalam mana jika kita tidak memberi sedekah kepada penerima berkenaan akan
menyebabkan sesuatu mudarat berlaku. Maka ketika itu adalah wajib kita membantu
untuk mengelak mudarat itu.
Kategori
ketiga harta kita yang turut dimiliki oleh orang lain ialah dengan cara memberi
cenderahati atau membelanjakan sesuatu kepada orang lain. Contohnya kita belanja
makan rakan yang bukan di kalangan golongan miskin. Kita boleh belanja makan
rakan yang lebih kaya atau lebih berada berbanding kita.
Jika
kita mengupah orang membuat kerja, secara tidak langsung seperti rezeki orang dalam
rezeki kita. Bayarlah secara sepatutnya, jangan terlalu berkira.
Jangan
menangguh upah kerana jika ditangguh ibarat kita menangguh rezekinya. Nabi
bersabda, lunaskan upahnya sebelum kering peluhnya, membayangkan suruhan
disegera bayar upah.
Jadi
bila mengupah orang bekerja, ingatlah dalam rezeki kita ada rezeki orang. Bersyukurlah
kerana Allah memilih kita untuk menyalurkan rezeki kapada orang lain.
Pada
masa sama, kita kena sedar bahawa siapakah kita tanpa ada pekerja yang sanggup
berkerja memberi kebaikan dan keuntungan kepada kita.
Harta
tidak mendapat menfaat dari hartanya jika tiada siapa ingin melakukan kerja untuknya.
Dia sendiri perlu membuat kerja-kerja seharian tanpa ada orang lain membantu.
Hartawan
nampak hebat dan menikmati kemewahan jika ada orang sanggup berbakti kepadanya.
Jadi, kepada hartawan jangan beranggap anda yang memberi kebagiaan kepada orang
lain, tetapi orang lainlah memberi kebahagiaan dan nikmat kemewahan kepada
anda.
Dengan
kata lain, setiap peringkat taraf kehidupan manusia saling mememerlukan antara
satu sama lain. Si kaya mengharapkan pertolongan pekerja untuk menyempurnakan
tugas dan keperluannya. Manakala si pekerja mengharapkan upah daripada orang
yang menugaskan sesuatu kerja.
Sesungguhnya,
Allah menyalurkan rezeki kepada kita melalui orang lain Rezeki tidak
semata-mata kekayaan, tetapi juga kebahagiaan dan tubuh yang sihat juga adalah
rezeki.
Kita
sebenarnya ibarat ‘menumpang’ rezeki orang lain yang Allah turunkan menerusi
kita. Maka, maka ambillah yang patut dan selebihnya berkongsilah dengan yang
lain.
No comments:
Post a Comment