Fungsi dan rasa daun ketumbar tentu berbeza dengan biji ketumbar biarpun kedua-duanya digunakan dalam masakan. Rasa dan bau daun ketumbar lebih kepada limau atau ‘tajam’.
Daun ketumbar kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun ia amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai. Di kalangan masyarakat Siam, daun ketumbar dipanggil phak chee atau pakchi.
Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar.
Daun ketumbar seakan-akan daun sup atau daun seledri. Sekali tengok memang tidak ada bezanya. Sebab itu banyak orang tertukar ketika membelinya.
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, adalah sedikit perbezaan antara daun sup dengan daun ketumbar ni. Kalau tiada beza sudah tentu ia dikenali dengan nama yang sama.
Antara perbezaan daun ketumbar dengan daun sup ialah rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga.
No comments:
Post a Comment