Pengalaman berkubang atau main lumpur di sawah mahupun
kawasan paya suatu yang jarang dapat dilihat. Main lumpur bukan sekadar
suka-suka hendak berkubang, tetapi menangkap ikan apabila kawasan air semakin
kering.
Pada musim banjir banyak ikan dari sungai naik ke sawah atau
kawasan paya yang pada masim biasa dalam keadaan kering.
Ikan itu akan terperangkap tidak dapat pulang semula ke
sungai atau tasik ketika air semakin surut. Dalam tempoh beberapa bulan ikan
itu terus membesar di tempat baru.
Apabila musim kemarau, air di sawah atau paya akan mengering.
Ketika itulah peluang untuk berkubang menangkap ikan.
Biasanya untuk menangkap ikan di kawasan air yang belum
sepenuhnya kering menggunakan serkap. Atau, air yang belum kering itu akan
ditimba atau 'menimba ikan'.
Masa dahulu proses menimba mengunakan timba mahupun peralatan
lain yang boleh air ditimba atau dipindahkan ke tempat lain. Batas akan dibuat
untuk menghalang air yang telah ditimba itu masuk kembali ke kawasan yang ingin
dikeringkan.
Kerja menimba ini dilakukan secara gotong royong atau
melibatkan sekelompok orang. Apabila air hampir kering kerja menangkap ikan
akan dilakukan. Ikan dikumpulkan setempat dan kemudian dibahagikan sama banyak
dengan individu yang terlibat.
Paling gembira menangkap ikan yang sudah menimbul kerana
pening atau sukar bergerak adalah kanak-kanak. Ketika orang dewasa masih menimba
air, mereka sudah berkubang untuk menangkap ikan.
Menangkap ikan perlu berhati-hati, terutama kalau kawasan itu
ada ikan keli. Sengat ikan keli agak berbisa kalau kena di tangan atau terpijak
di kaki.
Sengatan keli boleh menyebabkan bengkak dan ada yang akan rasa pening dan kesakitan yang amat sangat.
Sengatan keli boleh menyebabkan bengkak dan ada yang akan rasa pening dan kesakitan yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment