Laksam menu terkenal di
Kelantan. Laksam dan laksa dianggap 'kembar tidak siiras'. Sebabnya menggunakan
kuah dan ulam yang sama, tetapi tidak pada bentuk dan cara membuatnya.
Laksam lebih mudah untuk disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, ia jadi pilihan untuk
disediakan atau dibuat di rumah untuk hidangan keluarga.
Sedangkan laksa biasanya
dibuat di kilang dalam kuantiti yang banyak. Laksa biasa dijadikan hidangan
masa kenduri atau majlis lebih besar.
Bacuhan tepung beras
yang dicampur dengan sedikit gandum (pun boleh tanpa dicampurkan gandum)
dikukus setelah dimasukkan ke dalam bahagian atas tudung periuk yang disapukan
sedikit minyak masak untuk mengelak ia melekat.
Selepas ia mengeras,
laksam akan digulung menjadi bentuk bulatan panjang seperti silinder.
Sebelum dihidangkan ia perlu dipotong berukuran antara satu hingga dua sentimeter untuk
mudah dimakan dan menikmatinya dengan menyelerakan.
No comments:
Post a Comment