Wednesday, 5 February 2025

PENARIK BECA YANG PEMURAH

 
Ambo dan abah singgah solat di sebuah surau. Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma. 

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pak cik penarik beca (gatih teksi) sedang berehat melepaskan penat.
 
Budak itu lalu menghampiri pak cik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
 
Pak cik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah RM10 dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
 
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pak cik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pak cik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
 
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.
 
“Ini hok mu buat beli makanan.”
 
Abah kemudian menghampiri pak cik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pak cik sehari?”
 
Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”
 
Tanya abah lagi, “Bakpo pak cik sedekah semua duit pak cik kepada budak itu?”
 
Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pak cik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”
 
Subhanallah... mulianya sikap penarik beca itu.
 
Abah mula berasa sebak.
 
“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.
 
“Hari ni pak cik posa.” jawabnya perlahan.
 
Abah tidak mampu bersuara lagi..
 
Nota: 

Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya.
 
Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang lain, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

No comments:

Post a Comment