Friday 29 September 2023

MYCARE NEGERI KELANTAN CAKNA ASNAF

 
MyCARE adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang menumpukan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan menyantuni mereka yang memerlukan bantuan.

MyCARE beroperasi di seluruh Malaysia. Salah satunya MyCARE Negeri Kelantan. Terbaharu, MyCARE Negeri Kelantan mengadakan Program Misi Bantuan Pek Makanan.

Program Misi Bantuan Pek Makanan ini juga adalah merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Kota Lama dan IKRAM Kawasan Kota Bharu.

Diharapkan agar sumbangan yang diterima oleh penerima Misi Bantuan Pek Makanan ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan harian serta memberikan kelancaran bagi melalui hari yang mendatang.

Gambar FB
Dr Hafidzah Mustakim
ADUN Kota Lama
N09 Kelantan

No comments:

Post a Comment