Keluang sejenis mamalia terbang dari keluarga kelawar. Saiznya jauh lebih besar dari kelawar, Jadi, keluang juga dipanggil 'kelawar besar'. Manakala dalam bahasa Inggeris keluang dipanggil 'large flying fox'.
Biarpun
keluang secara rupanya sama dengan kelawar, kecuali saiznya berkali-kali ganda
lebih besar dari kelawar, tetapi hakikatnya adalah dari segi sifat dan
kebolehan yang amat berbeza.
Ukuran keluang berkali-kali
ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan
hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.5 meter.
Tabiat keluang berbeza dengan
kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada
waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu
pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.
Keluang mempunyai mata boleh
melihat. Sebab itu, keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus
seperti burung.
Keluang terbang jauh pergi
mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap
hari. Semasa terbang, kadang kala keluang mengeluarkan bunyi
nyaring.
Makanan utama keluang ialah
buah-buahan dan manisan bunga. Mana-mana tempat mempunyai dusun pokok sedang
berbuah akan menjadi tumpuan kumpulan keluang.
Keluang makan buah yang
hampir masak dan masak. Buah yang dimakan tidak habis dan ditinggalkan
rosak.
Keluang menjadi musuh utama
bagi pemilik dusun. Tidak ada cara khusus untuk menahan serangan keluang.
Keluang termasuk haiwan yang dilindungi.
Pada waktu petang (hampir
malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring.
No comments:
Post a Comment