Thursday, 12 May 2022

PENDIDIKAN MEMBINA IDENTITI NASIONAL

 
Kita menghadapi cabaran baharu dalam bidang pendidikan. Peranan pendidikan sebagai wahana untuk bangsa Melayu meningkatkan taraf sosio ekonomi menjadi lebih penting.

Dahulu fokus kita dalam bidang pendidikan ialah untuk meningkatkan kadar mendapat pendidikan asas dan membasmi buta huruf.

Hari ini, sasaran dalam bidang pendidikan telah berganjak kepada melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Dalam dunia yang semakin bersifat bersaing hari ini, memiliki kelayakan di peringkat menengah sahaja tidak memadai. 

Kita perlu berani berganjak untuk melihat pendidikan sebagai komponen penting dalam meningkatkan pencapaian Bumiputera.

Di samping memberikan fokus kepada pencapaian di peringkat pengajian tinggi, kita juga perlu memberi tumpuan kepada bidang latihan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pekerja Bumiputera. 

Di samping itu, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai wahana perpaduan dan saluran untuk membina identiti nasional. Kerana itu amat penting kita memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan.

Jika murid daripada semua kaum dapat belajar di bawah satu bumbung dengan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, maka perpaduan di negara kita akan menjadi lebih kukuh.

Hari ini, polarisasi kaum masih wujud sebahagiannya kerana politik kebencian yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

No comments:

Post a Comment