![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0US0K_jRkosXlzbytPwsH7hFtzCZpg2NRZNIK399DmJT0Y0favoXttqzGbm-RZ-56dpLUmtLi4oBGAbCGYXZylN6WqYm3vXOiucrDsC_EYAoZoVvW3h0y31b4T3SZfdUX5qzzEYLUAU508sNoA6V5uoN_tGixXb1RUPGm5-yZIi2pEzIMAFJliZSZ/s320/yatim.jpg)
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) ambil cakna nasib tiga beradik yang ditinggalkan dengan nenek di kampung hasil sumbangan orang ramai.
PCAK
tidak perlu ambil kisah mengapa tiga beradik itu ditinggalkan bersama nenek di
kampung, tetapi apa yang penting ada sesuatu yang boleh dibantu untuk mereka.
Nenek
termasuk kategori asnaf. Bercerita sedikit tentang cucu-cucu yang dijaga.
Cerita
nenek, cucunya tidak pernah mendapat baju baharu untuk sambut raya. Kalau ada
baju yang nampak cantik dan ‘baharu’, itu disedekah oleh jiran-jiran. Baju
terpakai pun tidak kisahlah, asalkan lebih baik daripada apa yang mereka
miliki.
Pada
bulan Ramadan, jika ada majlis berbuka di masjid, itulah peluang untuk cucunya
makan makanan lebih sedap berbanding hari-hari biasa.
Jika
ada yang datang memberi sumbangan makanan, adalah sedikit makanan untuk mereka.
PCAK
adalah NGO penyumbang makanan kering secara berkala kepada keluarga berkenaan.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai
sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi
asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment