Kelab
Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rusa, Jelawat dengan kerjasama Bank Makanan Asnaf
(Asnaf Foodbank) mengamanahkan kepada Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK)
untuk mengagihkan sumbangan kepada penduduk Kampung Kubang Keladi, Jelawat.
Penyampaian
telah disempurnakan oleh Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud kepada 20 keluarga asnaf
di kampung berkenaan.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian penyumbang kepada golongan asnaf melalui
PCAK.
Bagi
membolehkan PCAK terus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, sumbangan
orang ramai amat-amat dialu-alukan.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
PCAK
mempunyai senarai lebih 1000 keluarga asnaf di seluruh Kelantan. Jumlah mereka
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
PCAK
memainkan peranan menghubungkan asnaf dengan penyumbang. PCAK menjalin hubungan
dengan NGO dan pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti golongan asnaf yang
memerlukan bantuan.
Selain
menyerahkan bantuan, PCAK akan ambil maklum mengenai maklumat asnaf yang
disantuni bagi membolehkan rancangan atau diusahakan bantuan lain yang
diperlukan.
Jika
keperluan asnaf itu tidak mampu disumpurnakan oleh PCAK, bantuan NGO,
organisasi atau orang perseorangan akan dipohon bagi pihak asnaf berkenaan.
No comments:
Post a Comment