Sunday 16 January 2022

TANDA BUNYI KETUKAN KENTUNG

 
Kentung atau kentong adalah kayu berongga yang dijadikan alat bunyian. Kentung dipalu untuk menyatakan waktu atau menyam­paikan sesuatu alamat.

Kentung biasanya diperbuat daripada batang buluh. Namun, jika untuk tahan lama dan diletakkan di satu-satu tempat, ia diperbuat daripada batang kayu jati yang dipahat.

Kentung sinonim dalam kalangan masyarakat Jawa itu digunakan sebagai tanda waktu, isyarat komunikasi jarak jauh, penanda azan, atau tanda bahaya.

Pada zaman dulu, kentong digunakan setiap waktu solat kerana tidak ada alat pembesar suara untuk mengajak orang ke masjid atau memberitahu berita kematian ahli kariah.

Biarpun cara palu kentung nampak senang, namun ia biasanya hanya dilakukan oleh individu tertentu sahaja, jika tidak bunyi yang dikeluarkan alatan itu akan kedengaran sumbang.

Selain itu, irama paluan juga berbeza untuk memberitahu maksud yang berbeza. Contohnya, kalau diketuk perlahan kemudian kuat itu tanda sudah masuk waktu solat.

Kalau diketuk selang tiga kali itu tanda ada kematian. orang dewasa. Kalau kematian kanak-kanak ketukan hanya tiga kali.

Kalau diketuk memanjang itu tanda ada pencuri, kecelakaan, bahaya atau serangan pihak musuh.  

Kalau diketuk berirama tingkah meningkah dengan beduk itu tanda solat terawih sudah selesai. Tanda telah tamat bulan Ramadan dan esok hari raya.

No comments:

Post a Comment