Friday 31 December 2021

Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2021

MELAKA: Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) Mej Jen Nubli Hj Hashim menyempurnakan Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2021 bertempat di Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 26 Dis 2021.

Seramai tujuh pegawai dan 137 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) berjaya lulus dan dianugerahkan Beret Hijau, Lanyard Biru, Pisau Komando serta Sijil Asas Komando.

Acara penutup diselitkan dengan Demonstrasi Serangan Pantai oleh penuntut kursus yang turut melibatkan bantuan dua buah pesawat udara Agusta A109 LOH dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD).

Demonstrasi diakhiri dengan penyerahan Bendera Kursus yang menjadi simbolik dan tradisi di mana ianya diserahkan kembali kepada Komandan PULPAK.

Dalam ucapan Panglima 21 GGK, beliau berpesan agar semua peringkat anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) sentiasa menjaga maruah Beret Hijau yang dijunjung di kepala hingga ke akhir hayat dan menghindari aktiviti negatif yang boleh merosakkan diri serta perkhidmatan.

Dalam majlis yang sama, Panglima 21 GGK turut menyerahkan Direktif Panglima 21 GGK Tahun 2022 kepada Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah pasukan di bawah naungan 21 GGK dalam usaha memberi panduan strategik yang menggariskan tindakan bagi mencapai matlamat 21 GGK.

Sumber: Markas 21 Gerup Gerak Khas

 


No comments:

Post a Comment