Friday 26 November 2021

SYAITAN GUNA TEKNOLOGI MODEN SESATKAN MANUSIA

Kehidupan manusia semakin canggih, tetapi tidak bermakna hukum agama perlu ditinggalkan. Ajaran Islam sesuai diamalkan sepanjang masa, walau dalam abad mana dan manusia mampu mencapai tamadun tertinggi.

Tetapi seperkara perlu diingatkan, syaitan juga semakin canggih menyesatkan manusia. Janji syaitan ingin menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat ternyata sentiasa berjaya disebabkan sikap manusia sendiri. Sebab, semakin canggih hidup manusia, syaitan juga semakin canggih menyesatkan manusia.

Setiap ciptaan manusia ada saja keburukan yang berjaya dijadikan syaitan menyesatkan manusia.

Era komunikasi tanpa sempadan yang dibanggai manusia sekarang turut digunakan syaitan menyesatkan manusia. Semakin maju manusia mencipta teknologi, syaitan terlebih dahulu bersedia untuk mengeksplotasinya.

Apabila manusia mencipta alat perakam video, syaitan menyesatkan manusia agar merakamkan adengan seks yang disebarkan sebagai video lucah. Mula-mula perakam video mesti dikendalikan oleh seseorang, tetapi kini boleh beropersi secara automatik, mudahlah orang merakamkan perilaku seks sendiri. 

Kecanggih internet memudahkan penyebaran gambar menjijikan dan memualkan. Tetapi, manusia seperti juga lalat berterbangan sukakan yang menjijikan. 

Syaitan membisikan agar melayar laman lucah dan membenci laman yang menyiarkan mengenai ilmu.

Jelas sekali syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan manusia. Lagi canggih manusia mencapai cara hidup, syaitan tidak ketinggalan untuk menggunakan kecanggihan itu. 

Sekarang ini perbuatan fitnah, mengumpat, adu domba dan pelbagai jenis penipuan dilakukan dengan mudah menggunakan kemudahan internet. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan telah dijadikan sebaliknya.

Manusia perlu sentiasa diingatkan tentang niat jahat syaitan agar tidak mudah terpedaya. Syaitan adalah punca kepada segala kejahatan.

Niat jahat iblis dan syaitan dijelaskan kepada manusia sebagai peringatan. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu. Maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang terpedaya agar sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6).

 Gambar: Bunga bemban sekadar hiasan.

 

No comments:

Post a Comment