Thursday 2 December 2021

Latihan Kem Kemahiran Senjata

 
Kem Kemahiran Senjata (KKS) sebahagian latihan berterusan yang perlu diikuti setiap anggota tentera, khususnya dari batalion infantri.

Antara objektif yang digariskan dalam KKS ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kompetensi anggota dalam mengendalikan dan memahami fungsi pelbagai jenis senjata di pasukan.

Latihan menembak yang dilaksanakan melibatkan senjata persendirian seperti Pistol Glock 17, M4 Carbine, Shotgun, RPG-7 dan M203 manakala senjata bantuan seksyen serta kompeni seperti Minimi, MGKA, Mortar 60 mm dan 81 mm.

Anggota turut diberi pendedahan terhadap penggunaan senjata anti kereta kebal iaitu M72, cara penggunaan ‘claymore mine’ dan membaling bom tangan HE.

Selain itu, anggota melakukan live firing platoon attack di mana senjata GPMG memberi tembakan bantuan dan mereka didedahkan dengan situasi peperangan sebenar menggunakan bangalore torpedo untuk meletupkan halangan.




Gambar: Dari media maya.

No comments:

Post a Comment