Tuesday 12 October 2021

KEBAIKAN HIKING BERSAMA KELUARGA

Aktiviti pendakian bukit semakin mendapat sambutan. Kata orang Kelantan rukah bukit atau panjat bukit. Banyak orang mula jatuh cinta dengan aktiviti mendaki bukit. Birpun penat dan mencabar, tetapi memberi kepuasan.

Pendakian bukit yang berketinggian antara 100 hingga 500 meter menjadi pilihan kerana tidak memerlukan kekuatan fizikal yang ekstrem.

Semua peringkat umur boleh melakukan aktiviti mendaki bukit yang kini dianggap aktiviti berkeluarga. 

Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardio.

Mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh.

Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius.


No comments:

Post a Comment