Wednesday 13 November 2019

PRODUK DARIPADA BELIMBING BULUH

Salah satu tumbuhan yang terdapat di laman rumah orang kampung ialah belimbing buluh. Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) atau juga dipanggil sebagai belimbing asam.

Selain bertujuan untuk mendapatkan buahnya, pokok belimbing buluh ditanam oleh orang dahulu di laman rumah sebagai sebahagian pokok hiasan. Pokoknya tidak tinggi sangat. Jadi sesuai ditanam di laman rumah.

Buah belimbing buluh adalah berbentuk kecil dengan bentuk bulat selinder atau seakan bersegi panjang dengan warna hijau muda ketika muda dan sedikit kekuniingan apabila telah matang.

Buah Belimbing ini jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam menyebabkan ia sesuai untuk dijadikan bahan masakan atau diproses menjadi produk lain.

Antara produk dari buah belimbing buluh ialah sambal hitam yang terkenal di Pahang. Rasanya yang unik menjadikan ia pilihan ramai.

Belimbing buluh juga boleh dijadikan hidangan kudapan apabila direbus sehingga buah menjadi kecut atau seakan-akan kismis. Rasanya juga menjadi macam kismis. Rasa masam telah hilang melalui proses osmosis.

Memang elok buah belimbing buluh dijadikan asas kepada produk lain agar buah itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau hendak makan segar, tidak ramai yang meminatinya.

Pokok belimbing buluh berbuah sepanjang tahun. Jadi, tidak sukar untuk mendapatkan buah belimbing buluh.

No comments:

Post a Comment