Tuesday 6 February 2018

NIAGA DI MEDIA SOSIAL

Peniagaan menjana pendapatan yang lumayan. Peluang ini tidak harus dilepaskan. Satu medium mudah untuk menjalankan perniagaan ialah melalui media sosial. 

Kajian menunjukkan terdapat tidak kurang 13 juta akaun milik rakyat Malaysia di Facebook (FB). Rakyat Malaysia menduduki di antara tangga teratas di FB.  

Ini hasil celik IT di kalangan rakyat Malaysia dan sokongan pihak kerajaan dan swasta menyediakan kemudahan internet. Malaysia di antara negara teratas berjaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang terbaik. 

Maka itu, anda sepatutnya menggunakan FB sebagai medium pasaran yang berkesan. Terdapat beberapa cara boleh atau patut diamalkan untuk menjadikan FB sebagai medium pemasaran.   

- Buka akaun FB dengan menggunakan nama sebenar. Itu untuk memudahkan kenalan mengenali siapa anda sebenar. Kita tentu sudah mempunyai ramai kenalan secara bersemuka.  

Rakan sekolah, kolej, tempat kerja, sanak saudara, persatuan dan sebagainya mudah mengenali kita apabila menggunakan nama sebenar dan gambar yang jelas.

- Tambah rakan (Add friend) di FB yang berpotensi menjadi prospek anda, selain kenalan sedia ada.   

- Terima (accept) rakan yang menghantar permintaan menjadi rakan. Tidak rugi terima mereka biarpun tidak mengenalinya. Kawan itu mungkin prospek anda. Semakin ramai yang menjadi kawan, semakin ramai bakal prospek. 

- Untuk berjaya 'menjual' produk melalui FB, kita perlu ada kawan sekurang-kurangnya 2500 orang. Jadi mulalah add friend di FB. Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan ada terlalu banyak kawan dalam sehari. Eloknya sekadar 10 kawan saja sehari. Ini untuk mengelak FB sekat akaun kita. 

- Selain akaun persendirian, cipta page dan group. Cara itu lebih mudah untuk memperkenalkan nama produk.

- Postkan juga di group yang membenarkan iklan perniagaan. Banyak group yang sudah mempunyai ahli ratusan ribu orang. Jadi, prospek amat ramai. Namun, diingatkan jangan terlalu kerap membuat post sama di group. Anda mungkin berdepan masalah spam yang mana posting anda tidak akan dilihat ahli lain. Lebih parah, akaun anda akan dinyahaktif.

- Mula suka (like) dan komen (comment) status kawan di FB. Tindakan ini penting agar orang tahu kewujudan kita di FB. Bila kita puji seseorang (contohnya anak dia comel), pasti mereka akan gembira. Ingat, lakukan dengan ikhlas. Jika kita gembirakan orang lain, insyaalah, Allah pun akan bagi kegembiraan kepada kita. 

- Aktifkan diri di FB. Selalu update di FB. Buatlah catatan atau gambar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Ini penting untuk memastikan orang tahu kewujudan kita di FB.

- Promosikan produk anda dalam aktiviti seharian anda. Ingat, kalau ingin berjaya dalam pemasaran, kita kena jadi pengguna setia kepada produk yang kita pasarkan. Jadi, buktikan kia sebagai pengguna dan telah mendapat menfaatnya melalui status FB atau blog.  

- Selain medium internet, amalan bersemuka juga perlu dilakukan. Beritahu rakan mengenai propduk yang kita pasarkan. Buatlah penampilan dengan produk yang kita pasarkan itu.  

- Sebarang kebaikan produk perlu dikongsikan dengan orang lain. Dengan cara itu orang akan mudah yakin, kerana kita sendiri sebagai testimoni kepada produk itu.  

-  Yakin. Itu perlu untuk berjaya. Jangan mudah kecewa dengan kegagalan. Berusahalah sehingga berjaya.  

No comments:

Post a Comment