Monday 3 July 2023

SUNGAI LUBUK DURIAN, PULAU TENGAH

 
Sungai Lubuk Durian, Pulau Tengah, Kubang Kerian kini semakin terkenal. Namun, kebanyakan pengunjung lebih mengenai sebagai Pulau Tengah, tanpa menyebut mengenai Sungai Lubuk Durian biarpun aktiviti ekopelancongan banyak berkaitan dengan sungai tersebut.
 
Sebenarnya, Sungai Lubuk Durian adalah cabang atau anak sungai kepada Sungai Pengkalan Data. Sebab itu, Sungai Lubuk Durian juga dikenali Sungai Pengkalan Datu.

Sungai Pengkalan Datu satu satunya sungai yang tidak tercemar kerana hulunya hanya sekitar Ketereh. Ada sekali sekala ada sedikit tercemar ketika proses rawatan air dari Loji Rawatan Air Wakaf Stan dan semasa Monson limpahan air Sungai Kelantan melalui Kampung Paloh, Pasir Hor dan Pasir Tumboh bertembung dengan Sungai Pengkalan Datu betul betul di hujung jeti.
 
Sebab itu, Sungai Lubuk Durian amat sesuai untuk industri pelancongan air di samping faktor setempat iaitu hidupan kelip kelip, habitah air seperti udang galah, siakap dan mendapat kerjasama sepenuhnya tanpa mengira fahaman politik penduduknya.
 
Di Sungai Lubuk Durian, ada aktiviti pasar terapung, bot kayuh, restoran terapung dan jeti terapung.
 
Jeti terapung yang tular di media sosial menjadi daya penarik pengunjung ke Pulau Tengah. Asalnya jeti tersebut hanya 700 meter, tetapi kini panjangnya telah ditambah menjadi 1.4 kilometer.

No comments:

Post a Comment