Wednesday, 6 April 2022

PERLU LETAK DIRI PADA TEMPAT BETUL

 
Seorang pemain biola bermain 45 minit di ruang legar stesen kereta api bawah tanah New York, berjaya menarik perhatian 4 orang untuk berhenti seketika melihat persembahannya dan seorang bertepuk tangan. Dia berjaya mengumpul $20.

Malam berikutnya, pemain biola yang sama bermain di salah pentas paling terkenal di dunia dan mengenakan bayaran minimum $100 kepada setiap penonton yang berjumlah lebih 1000 orang.

Eksperimen membuktikan bahawa keupayaan luar biasa dalam persekitaran biasa tidak akan bersinar, ia tidak diiktiraf.

Terdapat individu cemerlang yang tidak menerima ganjaran mengikut potensi mereka. Sebaliknya, apabila mereka melengkapkan diri dengan nilai dan meninggalkan persekitaran seperti ini, mereka berkembang maju dan mendapat pengiktirafan apa yang sepatutnya. 

Apabila seseorang tidak berada di tempat yang betul berdasarkan apa yang dia mampu cipta kejayaa, tidak ada siapa akan menghargainya. Potensi hebat dirinya tidak dinilai kerana orang di sekelilingnya bukan penilai yang baik berkaitan potensi diri anda.

Jadi, untuk menyinarkan potensi diri anda, pastikan anda berada di tempat yang sepatutnya!

Begitu juga dalam soal percintaan, jangan tagih cinta daripada orang yang tidak mencintai anda. Buruk padahnya. Kalau pun dia terima, tidak seikhlas hati. Cinta dan pengorbanan anda akan dipersia-siakan nanti.  

No comments:

Post a Comment