Puasa
bulan Ramadan perlu dilakukan dengan betul-betul. Kena pegang betul-betul dan
bersungguh-sungguh.
Ketibaa
1 Ramadan adalah permulaan kepada hari yang mana kita mula berpuasa. Hari yang
berbeza berbanding 325 hari sebelum itu.
Maka,
dalam tradisi menyambut kedatangan 1 Ramadan di Kelantan dinamakan ‘mege puasa’
atau ‘pegang puasa’.
Tradisi
mege puasa ialah persiapan menyediakan hidangan makan untuk bersahur yang dianggap
lebih sedap berbanding biasa. Antara hidangan yang dianggap luar biasa ialah
adanya menu daging lembu.
Sebab
itu, pada masa dahulu, sehari sebelum berpuasa, akan ada penjual daging lembu
yang membuka gerai semata-mata untuk menyediakan bekalan daging lembu secukupnya
kepada penduduk.
Bahkan,
ada di sesetengah kampung, penduduk kampung akan berkongsi wang untuk
menyembelih lembu dan dagingnya dijual atau diagih-agihkan kepada orang ramai.
Tradisi
mege puasa membuktikan satu perasaan gembira menyambut kedatangan 1 Ramadan dan
mereka menzahirkan niat untuk melaksanakan sepenuhnya ibadat puasa.
No comments:
Post a Comment