Thursday 8 April 2021

UJIAN SARINGAN AIR KENCING TERHADAP PELAJAR

Banyak kes penyalahgunaan dadah melibatkan pelajar sekolah. Justeru, pemantauan dan aktiviti pencegahan perlu ditingkatkan agar bilangan pelajar yang terlibat tidak meningkat dan seterusnya dapat dikurangkan.

Antara pendekatan boleh dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengawal penglibatan pelajar dalam kancah dadah ialah melaksanakan ujian saringan air kencing di semua sekolah menengah.

Ujian saringan itu boleh dilakukan terhadap pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pihak sekolah perlu telus dan tidak menyembunyikan data sebenar kerana ia akan merugikan pelajar yang terlibat dengan dadah. Bahkan, pihak sekolah sepatutnya membuka pintu seluas-luas untuk melakukan kerjasama dengan AADK, pihak polis dan badan bukan kerajaan untuk membenteras penyalahgunaan dadah di sekolah masing-masing.

Tindakan awal diharapan dapat memulihkan pelajar dan seterusnya mengelak ia mempengarui pelajar lain.

No comments:

Post a Comment