Kopi Saigon bermula cawangan pertama di
Taman Dato Harun pada tahun 2021, kini ia telah berkembang sehingga 261
cawangan di seluruh Malaysia. Mula diasaskan oleh Seruni Enterprise, kini syarikat
pengendalinya dikuasai oleh Seruni Global Sdn Bhd.
Kopi Saigon terhasil selepas melalui proses
penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua bulan sebelum pemilik jenama berjaya
menghasilkan menu Kopi Saigon mengikut selera Malaysia.
Biji kopinya diimport khas dari Vietnam dan
buat masa ini antara menu yang dihasilkan adalah kopi saigon, kopi hitam,
mocha, kopi kelapa, kopi cincau dan kopi yogurt.
Dinamakan Kopi Saigon adalah mengambil nama ibu negara Vietnam dahulu, sebelum ditukar nama kepada Ho Chi Minh.
Kopi Saigon komited melahirkan lebih banyak
usahawan muda tempatan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) melalui
cawangan korporat dan program pelesenan yang ditawarkannya.
Pasaran minuman kopi semakin berkembang
besar dan berpotensi dikembangkan lebih besar lagi. Justeru itu, perkembangan
semasa ini membuka peluang luas untuk mereka ingin menceburi bidang ini.
Modal untuk pakej pelesenan Kopi Saigon
serendah RM53,000 dan akan mendapat bimbingan sehingga mampu menjana jualan.
Gambar - Kopi Saigon Cawangan Jelawat, Bachok, Kelantan.
No comments:
Post a Comment