Sunday 14 March 2021

KESALAHAN UBAH SUAI EKZOS BUNYI BISING

Pemilik kenderaan yang melakukan ubah suai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising adalah satu kesalahan.

Tindakan saman bagi ubah suai ekzos boleh dilakukan mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Setiap ekzos yang dipasang pada kenderaan bermotor perlu pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan baik dan tidak boleh diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian ekzos menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan.

Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Malah, polis boleh menahan motosikal itu sehingga pemiliknya mengambil langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku semula.

Adalah dinasihatkan semua pemilik kenderaan bukan saja pemilik motosikal tetapi pemilik kenderaan bermotor lain supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berkaitan pengubahsuaian kenderaan.

Sebarang pengubahsuaian yang mahu dilakukan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

No comments:

Post a Comment