Sunday 1 March 2020

AKTIVITI PERTANIAN SUMBER KEMAKMURAN NEGARA

Aktiviti pertanian sangat penting dalam menghasilkan sumber makanan  kepada penduduk Malaysia yang semakin bertambah dan keperluannya dalam kehidupan seharian untuk membekalkan tenaga, perniagaan dan memenuhi permintaan industri dalam pasaran.

Komoditi penanaman padi secara besar-besaran membekalkan beras dan sektor perikanan yang dijalankan secara akuakultur atau perikanan laut menghasilkan sumber makanan iaitu protein kepada rakyat Malaysia.

Penghasilan bahan makanan daripada sumber pertanian dapat memenuhi keperluan sekuriti makanan kepada rakyat Malaysia.

Sekuriti makanan mengikut definisi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bermaksud sekuriti makanan akan wujud apabila setiap manusia pada setiap masa memiliki akses fizikal dan ekonomi untuk mendapatkan makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat bagi memenuhi keperluan diet dan cita rasa mereka supaya dapat hidup aktif dan sihat, ini dapat dirumuskan sekuriti makanan ialah kecukupan, kebolehdapatan, keselamatan, berkhasiat dan mampu beli.  

Untuk memenuhi keperluan sekuriti makanan mencukupi pelbagai pihak harus memainkan peranan bagi memastikan industri agromakanan terus berkembang.

Penghasilan hasil pertanian dengan skala yang besar dapat mengurangkan import dan kebergantungan terhadap negara lain.

Bidang pertanian dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan belia atau graduan boleh menceburi bidang ini sebagai kerjaya pilhan dengan menjadikannya sebagai perniagaan.

Bidang pertanian boleh dijadikan sebagai perniagaan yang menguntungkan jika usahawan tani mempunyai ilmu dan kepakaran serta berani untuk mengambil risiko dalam mengusahakannya secara komersial dan sekaligus dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan setempat.

Perniagaan yang menguntungkan disebabkan adanya potensi yang tinggi sesebuah perniagaan itu berjaya. Bagi bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan apabila adanya peluang perdagangan antarabangsa, penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk industi agromakanan, Program Ekonomi Tranformasi Malaysia (ETP) dan faktor pendorong yang lain.

Dengan adanya perdagangan antarabangsa dapat memberi peluang yang besar kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk pertanian kepada negara luar dan memberikan pendapatan yang lumayan hasil penjualan pertanian.

Untuk mengekspot hasil pertanian ke luar negara bukan sahaja perlu kepada peningkatan penghasilan produk pertanain, tetapi juga kualiti yang menepati piawaian antarabangsa atau negara yang mengimportnya.

Negara luar, terutama negara maju mempunyai kawalan yang ketat dalam pengimportan hasil partanian dari negara luar. Ia bukan sahaja berkaitan mutu atau kualiti, tetapi juga dari segi aspek kesihatan dan keselamatan rakyat mereka.

Sebab itu, amat penting petani di negara kita mengamalkan amalan pertanian baik dan memenuhi syarat ditetapkan negara pengimport.

No comments:

Post a Comment