Saturday 15 February 2020

TANAM SALAD TANAH RENDAH

Di negara kita, salad biasanya ditanam di tanah tinggi, khususnya di Cameron Highlands. Namun, terdapat juga salah yang ditanam di tanah rendah, khususnya ditanam secara hidroponik.

Memandangkan salad boleh ditanam di tanah rendah, usaha penanaman perlu digiatkan. Kawasan di tanah rendah lebih luas dan peluang untuk menguasakannya lebih terbuka berbanding penanaman di kawasan tanah tinggi.

Hasil tanaman di tanah rendah lebih mudah dipasarkan kerana berhampiran dengan penduduk. Kos pemasaran lebih rendah sekaligus meningkat untung.  

Salad (Latuca sativa) adalah tanaman sayuran jenis berdaun dari keluarga Asteraceae yang ditanam kebanyakkanya untuk dimakan sebagai makanan salad segar.

Salad adalah sayuran berdaun yang mengandungi getah dan pahit. Ini menyebabkan tidak banyak serangga perosak yang makan daun atau batang salad kerana pahit.

Serangan penyakit pada salad juga sangat kurang berbanding dengan tanaman jenis sayuran yang lain. Penanaman salad jarang-jarang menggunakan racun untuk disembur kerana kurangnya musuh tanaman dan saklad biasanya untuk di makan segar.

Salad akan matang dalam 28 -35 hari selepas ditanam di mana daun-daunnya telah penuh dan sesuai untuk dipetik. Cabut pokok salad dan potong menggunakan pisau tajam. 

Salad dimakan sebagai salad mentah yang dipotong-potang dan dicampur dengan sos salad dan bahan-bahan sayuran lain. Salad juga dimakan sebagai ulaman dengan nasi ayam, rojak dan bahan dalam burger.

Di negara-negara moden mereka makan salad setiap hari sebagai makanan rutin bersama-sama dengan daging dan ikan. 

No comments:

Post a Comment