Kanak-kanak
baru mengenali dunia. Mereka tidak mengetahui apa-apa yang perlu dilakukan dan apa
yang ada di sekeliling. Tindakan spontan mereka yang diketahui ialah menanggis apabila
lapar dan keadaan yang tidak menyenangkan.
Untuk
keperluan lain kanak-kanak perlu kepada tunjuk ajar daripada orang dewasa, khususnya
yang berada di sekeliling mereka.
Kaedah
pendidikan ini paling berkesan kerana mereka akan secara spontan melakukan apa
yang dilihat atau didengar. Atau, jika mereka tidak terlibat melakukan perkara
itu, mereka akan jadikan sebagai ingatan dan mungkin akan diamalkan pada masa
lain atau apabila dewasa nanti.
Sebab
itu, setiap perkara yang kita lakukan jangan dipandang mudah atau tidak memberi
kesan kepada minda kanak-kanak. Kita perlu sedar, minda atau otak kanak-kanak
adalah perakam yang baik. Mereka mudah mengingati dan menganggap perkara itu
betul setiap apa yang dilakukan oleh orang dewasa.
Orang
dewasa umpama cermin yang akan mematulkan contoh kepada kanak-kanak. Sebab
itu, kita akan dapat lihat jika cara hidup diamalkan oleh ibu bapa dalam keadaan
baik, maka baiklah nilai kehidupan yang diamalkan oleh anak-anak.
Hal
ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan bahawa setiap
kanak-kanak adalah dilahirkan bersih, dan ibu bapalah yang bertanggungjawab
untuk mencoroknya menjadi muslim, majusi atau nasrani.
Dan
dalam pepatah Melayu ada menyebut, bapa rintik anak borek yang menjelaskan apa
yang dilakukan oleh bapa akan diikuti oleh anaknya. Dalam pepatah lain ada
menyebut, di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Kata
pepatah, yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan. Itu
adalah satu peringatan agar kita sentiasa menjadikan apa yang berlaku di
sekeliling kita dan kisah-kisah yang lama untuk dijadikan pengajaran.
Dalam
hal ini, kita dapat jadi kisah tauladan sebagai satu metodologi untuk proses
pendidikan kanak-kanak. Kita boleh menceritakan kisah-kisah lalu untuk
dijadikan pedemon kepada kanak-kanak. Tidak kisahlah sama ada kisah itu sejarah
yang benar, mahupun cerita dongeng yang mempunyai nilai-nilai baik.
Kisah
tauladan yang terbaik sudah pasti kisah-kisah nabi dan masyarakat terdahulu
yang disebut dalam al-Quran, hadis mahupun dinukilkan oleh ulama.
Kisah-kisah
ini memberi pengajaran yang amat berguna untuk diikuti oleh kanak-kanak. Tambah
lagi apabila ia diceritakan dengan teknik penceritaan yang menarik dan
berkesan.
Dalam
masyarakat kita juga ada kisah dongeng yang menjadi warisan bangsa yang boleh
dijadikan bahan untuk mendidik dan dijadikan tauladan kepada kanak-kanak.
Kita
biasa dengar kisah Si Luncai dengan Labu-labunya, cerita Pak Kadok, Pak Pandir,
Mat Jenin dan sebagainya. Semua cerita itu mempunyai unsur moral yang boleh
dicontohi dan dijadikan pengajaran.
No comments:
Post a Comment